Posts

Lawatan Ke EMJ dan Kedutaan Besar Malaysia Jordan

Image
Alhamdulillah, pada 15 Mei yang lalu, pihak Kelab Peguam Muda Jordan telah mengadakan satu lawatan ke Education Malaysia Jordan (EMJ) dan Kedutaan Besar Malaysia Jordan.                                                                                                                                                                                                     Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat. " Keadilan Diperkasa, Bertunjangkan Syariah. "

Pengenalan Kelab Peguam Muda Jordan Sesi 2017/2018

Image
Pengenalan Kepimpinan Kelab Peguam Muda Jordan Sesi 2017/2018 A) AHLI MAJLIS TERTINGGI i) Presiden - Mohammad Mirzan bin Abdul Majid - Tahun 2, Universiti Mu'tah   Facebook: Mirzan Majid ii) Timbalan Presiden - Puteri Raudhatul Rajihah binti Megat Indra Shahpri - Tahun 2, Universiti Yarmouk   Facebook :  الراجحة شهڤري iii) Setiausaha Agung - Ahmad Huzaifah bin Ahmad Fauzi - Tahun 2, Universiti Mafraq   Facebook : Ahmad Huzaifah iv) Timbalan Setiausaha Agung - Siti Nur Aisyah binti Ahmad Fuad - Tahun 2, Universiti Mu'tah   Facebook : Siti Nur Aisyah v) Bendahari Agung - Anas Afifi Bin Zulkefli - Tahun 3, Universiti Mu'tah   Facebook : Anas Afifi vi) Timbalan Bendahari Agung - Najah Mohd Fadil - Tahun 3, Universiti Mu'tah   Facebook : Najah Mohd Fadil B) AHLI  LEMBAGA  TADBIR i) Exco Penyelidikan dan Pembangunan Akademik - Muhammad Faisal bin Abd Ramlan - Tahun 1, Universiti Yarmouk   Facebook : F...

Sejarah Penubuhan KPMJ

Image
Sejarah Penubuhan KPMJ   1) Kelab Peguam Muda Jordan (KPMJ) ditubuhkan pada 19 Julai 2011 , hasil cetusan idea Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Dato' Zainul Rijal bin Abu Bakar. 2) Penubuhan KPMJ telah dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Jamil Khir   Baharom di Amman, Jordan. 3) Objektif penubuhan KPMJ adalah sebagai medium pendedahan ilmu guaman, perundangan, perlembagaan dan karier guaman serta latihan undang-undang bagi membentuk pelapis institusi guaman dan mahkamah syariah pada masa akan datang. 4) Merupakan suatu medium bagi mahasiswa Jordan untuk membina karakter dan potensi ke arah melahirkan tenaga profesional berdasarkan perkongsian pintar melalui modul-modul yang tersusun. 5) Dua badan yang menjadi penaung utama KPMJ ialah :       i) Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM).       ii) Education Malaysia Jordan (EMJ).  

Misi, Visi, dan Moto KPMJ sesi 2017/2018

Image
a.  Misi Melahirkan mahasiswa yang celik perundangan dan perlembagaan serta membentuk pelapis peguam syarie kelas pertama yang kompetitif dan versatil. b. Visi 1) Medium perbincangan ilmiah dan intelektual serta perkongsian isu-isu semasa. 2) Medan latihan kepeguaman dan pendedahan berkaitan perundangan serta perlembagaan. 3) Membuka ruang praktikal dan platform kerjaya guaman secara lebih meluas kepada mahasiswa/i Malaysia di Jordan. c. Moto  “Keadilan Diperkasa, Bertunjangkan Syariah.”  

Bengkel Pengurusan Harta Pusaka

Image
11 September 2016 - Alhamdulillah telah selesai Bengkel Pengurusan Harta Pusaka anjuran Kelab Peguam Muda Jordan dengan kerjasam a Majlis Mahasiswa Yarmouk. Program selama tiga hari ini menekankan kepada para peserta teori dan praktikal berkaitan harta pusaka. Juga diadakan slot khas yang mendedahkan Prosedur Pengurusan Harta Pusaka di Malaysia. Pihak penganjur dan pelaksana program sangat berpuas hati dengan kesungguhan peserta, kelancaran program dan keberhasilan program ini.

Sejarah LANCER

Image
Tahukah anda? Lancer Keempat telah berlangsung pada 27 dan 28 November 2015 di Mudaraj Hussein Universiti Al Al-Bayt dan telah memilih "Dunia Forensik: Mitos, perundangan dan syariah" sebagai tema Lancer pada kali ini. Lancer Keempat telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dari pelbagai pihak di samping berjaya memberi info yang berguna kepada para peserta. "Mendukung Syariah, Menegak Keadilan"

Kunjungan Hormat KPMJ ke ZRTA dan Pertemuan Bersama PPMM

Image
7 September 2016 -  Pimpinan KPMJ telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat ZRTA di Suba ng Jaya. Kunjungan ini disambut mesra oleh Dato' Haji Zainul Rijal Abu Bakar dan barisan pimpinan PPMM. Pertemuan yang bertujuan mengeratkan hubungan dan membincangkan perkembangan semasa perjalanan KPMJ di Jordan. InshaAllah tahun ini PPMM akan sekali lagi berkunjung ke Jordan dalam siri LANCER V.

Mut Syariah

27 Ogos 2016 - Satu perjumpaan telah dilaksanakan antara peserta di pihak Peguambela Mut Syariah Lancer V. Perjumpaan ini yang berlangsung di Amman telah dihadiri oleh 2 orang peserta dan Setiausaha Kehormat 1 KPMJ. Melalui perbincangan tersebut, para peserta telah menyusun gerak kerja dan kajian untuk kes yang telah diberikan oleh pihak PPMM. Peserta yang lain ada yang terlibat dengan Summer Pre-Chambering di Malaysia anjuran PPMM dengan kerjasama KPMJ dan KPMM. 30 Ogos 2016 - Telah berlangsung perjumpaan Jurulatih Mut Syariah Lancer V di Irbid. Melalui perjumpaan ini, Jurulatih telah membincangkan dan meneliti soalan Kes yang telah diberi oleh PPMM seterusnya merangka gerak kerja dan kajian yang perlu dilakukan oleh peserta. Perjumpaan tersebut turut dihadiri oleh Setiausaha Kehormat 1 KPMJ sebagai wakil pimpinan. Moga Allah permudahkan segala urusan kita semua dan Allah sentiasa berkati dan Redhai segala amal kerja buat kita. "Mendukung Syariah, Menegak Keadil...

Sejarah LANCER

Image
Pada 16/11/2012 bersamaan hari Sabtu, program Lawyer One Stop Centre (LANCER) telah dianjurkan buat julung-julung kalinya di Universiti Al A l-Bayt oleh Kelab Peguam Muda Jordan dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia dengan kerjasama Education Malaysia Jordan dan Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan. LANCER yang pertama kali diadakan itu telah mengangkat tema "Realiti Hudud Matlamat Akhir". Teruskan bersama kami untuk mengetahui maklumat lanjut. "Mendukung Syariah, Menegak Keadilan"

Perkahwinan Warganegara Malaysia yang Beragama Islam di Jordan

PERKAHWINAN WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERAGAMA ISLAM DI JORDAN 1. Warganegara Malaysia yang beragama Islam yang berhasrat untuk berkahwin di Jordan per lu memohon Surat Kebenaran/Surat Perakuan samada bujang atau pernah berkahwin daripada Jabatan Agama Islam di Malaysia. 2. Surat Kebenaran untuk berkahwin di Jordan daripada Malaysia diperlukan bagi mengelakkan dikenakan bayaran denda/penalti semasa mendaftarkan perkahwinan di Jabatan Agama Islam di Malaysia. 3. Surat Perdaftaran Perkahwinan Jordan hendaklah diperakukan/disahkan oleh Kementerian Luar Negara Jordan sebelum diendos oleh pihak Kedutaan Besar Malaysia di Amman.

Memahami Istilah Undang-undang

Memahami Istilah Undang-Undang 1. Alibi : Bukti yg menunjukkan bahawa seseorang tidak berada di tempat kejadian ketika sesuatu jenayah dilakukan. 2. Afid avit : Dokumen bersumpah yg mencatatkan kenyataan pengakuan seseorang tentang sesuatu hal (dalam kes jenayah atau sivil) sebarang penipuan dalam afidavit boleh menyebabkan pembuatnya dijatuhi hukuman penjara. 3. Certiorari : Perintah mahkamah yang mengetepikan keputusan yang dibuat oleh mahkamah yang lebih rendah. 4. Habeas corpus : Perintah mahkamah supaya seseorang dilepaskan daripada penahanan yang tidak mengikut undang-undang.

STORM Mafraq

Image
Stand Toward Remarkable Mooters (Mafraq) Modul Pertama; Etika Seorang Peguam. 2/6/2016 - Telah berlangsung sesi pengenalan pertama STORM bagi mantiqah Mafraq mem bincangkan berkaitan dengan etika sebagai seorang peguam yang dikendali oleh Coach Ubaidillah Asyraf. "Mendukung Syariah, Menegak Keadilan"

Sekalung Tahniah

Image
Kelab Peguam Muda Jordan mengucapkan ribuan tahniah dan syabas kepada dua orang alumni KPMJ yang telah diterima dan didaftaraikan sebagai peguam syarie pada baru-baru ini. Saudara Muhammad Syafiq Mokhtar (Presiden KPMJ 11/12) yang telah ditauliahkan sebagai peguam syarie di Pulau Pinang dan Saudari Haswani Saidin (Timbalan Presiden KPMJ 13/14) yang telah ditauliahkan sebagai peguam syarie di Wilayah  Persekutuan. Semoga dengan penerimaan ini, menjadi pemangkin semangat buat ahli-ahli KPMJ. "Mendukung Syariah, Menegak Keadilan"

Stand Toward Remarkable Mooters

Image
Pada 26/5/2016 telah diadakan perjumpaan diantara penasihat coach dan coach STORM untuk membincangkan persediaan dan perjalanan gerak kerja di seluruh mantiqah. Sesi taklimat STORM telah dibentangkan oleh Saudara Muhamad Nabil Syahir Bin Halim Syah selaku Exco Penyelidikan dan Pembangunan Akademik KPMJ. Penasihat coach: Puan Hanisah Safiei dan Cik Wan Amalina Wa n Ismail. Coach Mafraq: Saudara Ubaidillah Asyraf Shokeri Coach Mutah: Saudari Zulaikha Sapuan Coach Amman: Saudari Solehah Badrol Coach Irbid: Saudari Syaidatul Sairah STORM adalah satu program latihan berkesinambunangan daripada Bengkel Inspirasi Guaman Syarie dan akan dijalankan secara berkala diseluruh mantiqah yang bertujuan untuk memberi latihan kepada ahli sekaligus untuk membuat pemilihan mooters LANCER pada tahun ini. "Mendukung Syariah, Menegak Keadilan"

Slot Tahukah Anda?

KES NUSYUZ DI MAHKAMAH SYARIAH: CABARAN DAN PERMASALAHANNYA. NUSYUZ WANITA DALAM AL-QURAN Surah Al-Nisa’: 34 “Dan wanita-wanita (isteri-isteri) yang kamu khuatir nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahlah diri di tempat tidur mereka dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari untuk menyusahkan mereka sesungguhnya Allah Maha Tinggi Lagi Maha Besar” NUSYUZ LELAKI DALAM AL-QURAN Surah al-Nisa’: 128 “Dan jika seseorang perempuan bimbang (akan ) timbul dari suaminya nusyuz (kebencian) atau tidak melayaninya maka tidaklah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara yang sebaiknya) kerana perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai-berai). Sedangkan sifat bakhil, kedekut (tidak suka memberi atau bertolak ansur) itu memang tabiat semulajadi manusia yang ada pada manusia dan jika kamu berlaku baik (dalam pergaulan) dan mencegah diri (dari melakukan kezaliman) maka sesungguhnya All...

Slot Tahukah Anda?

Image
Perundangan Islam Di Malaysia Memahami Perkara 121 (1A) Perlembagaan - TIDAK ramai yang mengetahui Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan. Bagaimanapun, kontroversi membabitkan bekas pendaki Everest, Allahyarham Mohammad Abdullah atau nama asalnya, M Moorthy, tiba-tiba menjadi perhatian bukan saja mereka yang terbabit dalam bidang undang-undang, malah masyarakat secara keseluruhan. Apakah peruntukan ini sebenarnya dan kewajaran sesetengah pihak mendesak peruntukan ini dipinda?? • Kuasa Mahkamah Sivil dan Syariah KETIKA Perlembagaan digubal, isu ini tidak timbul. Suruhanjaya Reid cuma membuat andaian bahawa ini bukan isu penting. Tetapi memang disebut dalam Perlembagaan seperti Perkara 145 menyatakan Peguam Negara tidak ada kuasa dalam Mahkamah Syariah, Mahkamah Tentera dan Mahkamah Anak Negeri. Ini sudah jelas memperlihatkan Perlembagaan mengakui kewujudan Mahkamah Syariah walaupun ketika itu belum disebut secara jelas seperti Perkara 121(1A). Pada masa sama, Perlembagaan menye...

Slot Tahukah Anda?

Hukuman Islam VS Hukuman Civil Hukuman Sebat Cara Islam Dalam islam hukum sebat (had jilid) hanya dikenakan ke atas jenayah : (a) Zina Hukuman : Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. (b) Qazaf (Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik) Hukuman : sebat 80 kali (c) Minum arak Hukuman : sebat 40 kali Sifat-Sifat Sebatan: - Rotan yang digunakan tidak besar sehingga boleh mematahkan tulang. - Rotan yang digunakan tidak halus sehingga boleh melukakan. - Rotan yang digunakan tidak pecah-pecah. - Tukang sebat tidak boleh mengangkat tangan melebihi kepala sehingga kelihatan putih ketiaknya. Tujuan sebatan (hudud) bukan untuk membunuh atau membinasakan, tetapi untuk memberi keinsafan dan mencegah pasalah daripada melakukan kejahatan.

Pengenalan STORM

Image
[STORM - Stands Towards Remarkable Mooters] Program ini diadakan bagi memberi peluang ahli dan bukan ahli Kelab Peguam Muda Jordan (KPMJ) mendapat kefahaman tent ang moot syariah seperti gerak kerja serta etika seorang peguam di dalam dan luar mahkamah, kefahaman terhadap prosiding mahkamah syariah. Peserta bakal mendapat bimbingan daripada jurulatih mantiqah masing-masing. Semoga bengkel ini, dapat membantu merealisasikan segala objektif yang dirancang. Hal ini amat penting bagi memperluas pengetahuan peserta dalam bidang kerjaya sebagai guaman syarie pada masa akan datang. Apa tunggu lagi? jom sertai STORM sekarang!! "Mendukung Syariah, Menegak Keadilan"

Slot Tahukah Anda?

Etika Berada Di Mahkamah. Arahan dan Larangan Masuk dan Keluar Dewan Mahkamah Syariah Bagi Pelanggan atau Orang Awam. A. ARAHAN -Hormat Hendaklah hormat kepada Y.A. Tuan Hakim ketika masuk dan keluar Dewan dengan berhenti dan tunduk menghadap Y.A. Tuan Hakim. -Tempat Duduk Lelaki : Kerusi sebelah kanan Perempuan : Kerusi sebelah kiri *Tertakluk kepada kesesuaian lokasi dan arahan -Senyap Ketika Mahkamah bersidang hendaklah senyap -Pakaian

Slot Tahukah Anda?

PERKEMBANGAN UNDANG-UNDANG KELUARGA DI NEGARA-NEGARA ISLAM Undang-undang Islam yang dilaksanakan di sebahagian besar negara-negara Islam adalah berkaitan dengan undang-undang diri atau undang-undang keluarga yang dikenali sebagai al-ahwal al-Shakhsiyyah atau al-huquq al-ailah. Undang-undang im berkaitan dengan perkahwinan, perceraian, hak dan tanggungjawab mengenai nafkah, kesahtarafan anak, penjagaan anak, pusaka berwasiat dan tak berwasiat. Kecuali beberapa buah negara sahaja seperti Arab Saudi yang masih menge-kalkan pemakaian undang-undang Islam dalam aspek undang-undang sivil, jenayah dan percukaian Islam sepertimana diperkenalkan oleh fuqaha' Islam terdahulu. Undang-undang Keluarga Islam yang dilaksanakan oleh negara-negara Islam boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan yang berbeza, iaitu: 1. Negara Islam yang masih mengekalkan pemakaian Undang-Undang Keluarga Islam klasik berdasarkan pelbagai mazhab, tanpa mengubah dan membuat kodifikasi hingga sekarang. 2. Negara Is...