Posts

Showing posts from February 23, 2014

Kenyataan media PPMM dialog bersama COMANGO

Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menegaskan bahawa PPMM telah membaca dan memahami laporan yang disediakan oleh COMANGO kepada Majlis Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. PPMM mendapati bahawa terdapat beberapa tuntutan yang dikemukakan oleh COMANGO menjejaskan keluhuran Perlembagaan Persekutuan  dan kedaulatan undang-undang. Malah tuntutan tersebut juga akan memberi kesan yang besar kepada kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan serta berupaya menimbulkan keresahan dan kegusaran di dalam masyarakat Islam.