Posts

Showing posts from March 19, 2012

Mahkamah Syariah

Image
Oleh : Hatim Shauki (Pelajar Tahun 4, Usul Fiq , Yarmouk University) Firman Allah s.w.t dalam surah Al Maidah ayat 42 yang bermaksud: “Jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil, kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang adil”. Undang-undang Islam menekankan keadilan yang tinggi dan tidak membenarkan ia digunakan untuk kezaliman. Oleh sebab itu Mahkamah Syariah telah ditubuhkan atau diwujudkan di setiap buah negeri di Malaysia. Mahkamah Syariah ini akan mengendalikan kes-kes yang berkaitan dengan orang Islam sahaja. Perkembangan Mahkamah Syariah ini amat berlainan dengan apa yang berlaku di negara-negara Islam di Asia Barat iaitu sistem Mahkamah Syariah di Malaysia tetap berjalan serentak dengan sistem mahkamah negara selepas merdeka meskipun kedudukannya tidak sama dengan mahkamah negara. Dalam sistem pentadbiran formal, kedudukan kadi dan Mahkamah Syariah terletak di bawah sistem pentadbiran Jabatan Agama Islam di setiap buah negeri kecuali Sabah dan Sa