Posts

Showing posts from March 27, 2014

Keluarga Mangsa MH370 : Khidmat Mediasi dan Nasihat Undang-Undang

Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menzahirkan rasa sedih dan simpati kepada seluruh keluarga, sahabat handai, rakan taulan penumpang dan krew MH 370 yang telah diisytiharkan berakhir oleh Perdana Menteri Malaysia tanpa mengira kaum bangsa warganegara ataupun agama mereka. Tragedi ini mendapat perhatian seluruh masyarakat merentasi apa jua batasan geografi dan politik. Seorang waras fikiran sudah pasti akan turut merasai kepiluan yang sedang dihadapi mereka.

PPMM mengajak semua umat Islam agar terus berdoa agar Allah permudah pencarian pesawat tersebut dan dapat merungkaikan punca sebenar kejadian. Doa merupakan senjata orang mukmin dan insha Allah akan kelak dimakbul Allah. PPMM juga memohon agar kita tidak terus menerus membuat spekulasi yang tidak berpaksikan kepada fakta demi menjaga sensitiviti keluarga mangsa.