Posts

Showing posts from November 20, 2015

Nukilan ALUMNI KPMJ di akhbar tempatan

Image
Beliau ialah Saudara Muhammad Syafiq, Presiden KPMJ yang pertama. "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina" Perkahwinan seharusnya menjanjikan ketenangan, kasih sayang dan belas ihsan sesama manusia. Sebuah perkahwinan itu tambah lebih bermakna dengan kehadiran anak yang pastinya menceriakan kehidupan berkeluarga sekali gus menjadi pemangkin ikatan kasih sayang ibu bapa dan anak. Anak bukan sahaja penyeri dan simbol kasih sayang suami isteri, bahkan aset bernilai untuk kehidupan mendatang (negeri akhirat). Mendepani kehidupan penuh pancaroba, anak harus dibekalkan dengan didikan sempurna. Selain didikan daripada ibu bapa, aspek material juga perlu diberi penekanan serius kerana anak bergantung harap pada ibu bapa. Kelengkapan asas kehidupan, keperluan persekolahan dan perubatan perlu dititikberatkan selain kefahaman berkaitan agama dengan meyakini Islam sebagai satu cara hidup sempurna. Apabila sempurna keperluan spiritual dan material, lengkaplah tanggungjawab ibu bapa meme