Posts

Showing posts from March 21, 2014

COMANGO : Penerimaan Muktamad Syor Kepada Kerajaan Malaysia

20 Mac, Palais des Nasions, GENEVA -   Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menghadiri sidang penerimaan muktamad syor kepada Kerajaan Malaysia yang diberikan semasa Sidang Semakan Berjadual Sejag at hari ini yang berlangsung di Palais des Nasions, Geneva. Delegasi PPMM yang tiba lebih awal sebelum ini juga berpeluang menjalani latihan bersama Geneva International Centre for Justice bagi mendapat maklumat, input dan penjelasan tentang proses UPR, Majlis Hak Asasi Malaysia dan prosedur-prosedur yang boleh digunakan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. PPMM juga berpeluang menghadiri beberapa sidang sampingan (side events) khususnya berkaitan dengan terorisma dan menghadapi terrorisma, hak asasi Islam di Malaysia, wanita dalam konflik, Palestin dan juga beberapa sidang tidak rasmi lain.