Posts

Showing posts from August, 2015

Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-58!

Image
"Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Selamat Datang kepada Mahasiswa Baru

Image
Kami barisan pimpinan Kelab Peguam Muda Jordan mengucapkan selamat datang kepada mahasiswa dan mahasiswi baru bagi sesi 2015/2016. Semoga kalian diberkati oleh Allah. AHLI MAJLIS TERTINGGI PRESIDEN Ahmad Shauqie B. Zainal Abidin Tahun 4 Fiqh Wa Usuluh Universiti Al al-Bayt TIMBALAN PRESIDEN Najwa Arifah Bt. Yasin Tahun 4 Fiqh Wa Usuluh Universiti Yarmouk

Slot Tahukah Anda?

Slot ini dikongsikan oleh Saudari Nur Haziqah binti Mohamed Hafidz, Perwakilan Mu'tah. {Hukum Menggunakan DNA Untuk Menentukan Status Nasab Anak Dan Tempoh Melaksanakan Li’an Untuk Menafikan Nasab Anak} Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-101 yang bersidang pada 27 September 2012 telah membincangkan Hukum Menggunakan DNA Untuk Menentukan Status Nasab Anak Dan Tempoh Melaksanakan Li’an Untuk Menafikan Nasab Anak. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut: Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Islam sangat menitik beratkan persoalan nasab dan apabila telah ada dalil yang mengisbatkan nasab, maka penafiannya tidak boleh diterima melainkan dengan kaedah Li’an kerana Li’an telah sabit melalui al-Quran, al-Sunnah dan al-Ijma’ dan merupakan suatu amalan taabudiah. Muzakarah juga menjelaskan bahawa Majma’ Fiqh al Islami yang bersidang pada 21 – 26 Syawal

Slot Tahukah Anda?

Image
Slot kali ini pula dikongsikan oleh Saudara  Muhamad Zulfadli B. Zulkifli Hassan, Exco Kepimpinan & Latihan Guaman. [ SULH ] Pendahuluan Panduan ringkas ini dikeluarkan bagi menerangkan secara ringkas berkenaan konsep pelaksanaan sulh yang telah diperkenalkan di dalam Undang-undang Keluarga Islam di negeri-negeri melalui Kaedah Sulh Mahkamah Syariah. 2. Pengertian Sulh Al-Sulh di dalam bahasa Arab bererti `putus pertengkaran’ yang

Nukilan Alumni KPMJ di akhbar tempatan

Image
Nukilan oleh Saudara Iz'aan Azalan, beliau merupakan Presiden kedua KPMJ. "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Agama dan Perundangan

Berita ini dikongsikan oleh Saudara Muhammad bin Abdullah, mantan Presiden KPMJ sesi 2013/2014  Dua kes penting yang akan didengarkan esok : 1) Permohonan menjadi peguam syarie oleh peguam non-muslim. 2) Kes transgender. Doakan yang terbaik. Moga baik-baik sahaja. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/mahkamah-persekutuan-dengar-dua-kes-penting-khamis-69546

Slot Tahukah Anda?

Image
Assalamualaikum. Slot kali ini dikongsikan oleh Saudara Muhammad Fakhri bin Mohd Fadzli, Perwakilan Amman. Tahukah anda Dewan Negara ialah senat bagi Persekutuan Malaysia. Ia bertindak sebagai perwakilan rakyat yang tertinggi di negara ini. Dewan Negara ialah salah satu daripada dewan yang berada di Parlimen selain Dewan Rakyat. Jumlah ahli yang terdapat di Dewan Negara ialah seramai 70 orang.