Posts

Showing posts from October 21, 2015

Slot Tahukah Anda?

Slot kali ini dikongsikan oleh Saudara Muhammad Fikri bin Khamis, Setiausaha Agung. Tahukah anda, bahawa di malaysia wanita layak untuk dilantik menjadi seorang Hakim Syarie. Tetapi hanya untuk kes-kes selain kes hudud dan qisas. ----------------------- Hakim wanita dari sisi empat mazhab Jumhur ulama iaitu Imam Maliki, Syafie dan Hanbali menolak wanita menjadi hakim tetapi Imam Hanafi menerimanya. Menurut pendapat Imam Abu Hanifah, wanita boleh mejadi Hakim dalam kes-kes yang ia boleh menjadi saksi dan tidak boleh dalam kes-kes yang ia tidak menjadi saksi seperti dalam kes-kes hudud dan qisas. Hukuman yang dijatuhkan oleh hakim wanita tersebut berdasarkan perlantikan itu adalah sah dan berkuatkuasa dalam kes-kes selain kes-kes hudud dan qisas jika hukuman itu selaras dengan kitab Allah dan sunah Rasulullah.