Slot Tahukah Anda?

Slot kali ini dikongsikan oleh Saudara Muhammad Fikri bin Khamis, Setiausaha Agung.

Tahukah anda, bahawa di malaysia wanita layak untuk dilantik menjadi seorang Hakim Syarie. Tetapi hanya untuk kes-kes selain kes hudud dan qisas.
-----------------------
Hakim wanita dari sisi empat mazhab
Jumhur ulama iaitu Imam Maliki, Syafie dan Hanbali menolak wanita menjadi hakim tetapi Imam Hanafi menerimanya. Menurut pendapat Imam Abu Hanifah, wanita boleh mejadi Hakim dalam kes-kes yang ia boleh menjadi saksi dan tidak boleh dalam kes-kes yang ia tidak menjadi saksi seperti dalam kes-kes hudud dan qisas. Hukuman yang dijatuhkan oleh hakim wanita tersebut berdasarkan perlantikan itu adalah sah dan berkuatkuasa dalam kes-kes selain kes-kes hudud dan qisas jika hukuman itu selaras dengan kitab Allah dan sunah Rasulullah.

Pandangan ini berdasarkan kaedah Qiyas iaitu jika wanita diterima menjadi saksi dalam kes-kes selain Hudud dan Qisas maka dalam kes-kes yang sama wanita juga boleh menjadi Hakim. Dengan kata lain mereka menyamakan tugas memberi kesaksian dengan tugas memberi penghakiman. [ Dalil : "Surah al-Baqarah: 282" ]
------------------------
Pendapat ulama kontemporari
Pandangan ulama' semasa iaitu pendapat Dr Yusuf Qardhawi bahawa beliau bersetuju dengan pandangan Abu Hanifah yang mengharuskan wanita menjadi Hakim dalam masalah yang mereka boleh menjadi saksi iaitu selain hudud dan qisas.
-------------------------
P/s : DAIJ / DIJAP diperlukan instead of DLSA untuk memohon jawatan hakim.
kupasan lebih lanjut :
https://www.scribd.com/…/Artikel-Pendapat-Yang-Menerima-Wan…#

"Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Comments

Popular posts from this blog

Info tentang Diploma Perundangan

Syarat Minimum Peguam Syarie Mengikut Negeri