Posts

Showing posts from March, 2012

Program Pintar & Summer Pre Chambering Kelab Peguam Muda MPPMJ

Image
Alhamdulillah, Syukur kehadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya, Kelab Peguam Muda Jordan-MPPMJ melangkah setapak lagi dengan lahirnya sebuah program yang bercorak latihan dalam qamar ( chambering ). Insha ALLAH, satu taklimat khas akan diadakan disetiap mantiqah masing-masing bagi memberi penjelasan berkaitan: I ) Program Pintar (dahulunya dikenali sebagai Program Tajaan Biasiswa DSLP) Dijangka bulan Oktober 2012 II) Summer Pre-Chambering ( SPC) Dijangka bulan Jun atau Julai 2012 (cuti musim panas)

Tatacara (prosuder) mal di mahkamah syariah

Image
Oleh: Hatim Shauki Penubuhan Mahkamah Syariah adalah khusus untuk membicarakan pertelingkahan atau perbalahan antara umat Islam berlandaskan Hukum Syarak yang bertunjangkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah. Untuk itu, Undang-undang syariah ataupun hukum Islam diadakan adalah untuk mengawal segala perbuatan yang dilakukan oleh orang Islam bagi menjaga kesucian Islam itu sendiri. Mahkamah Syariah telah diberikan keistemewaannya yang tersendiri apabila pada tahun 1988 pindaan Perlembagaan yang mana Perkara 121 (A) telah memperuntukkan bahawa Mahkamah Sivil tidak boleh atau campurtangan terhadap keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Syariah. [1]

Mahkamah Syariah

Image
Oleh : Hatim Shauki (Pelajar Tahun 4, Usul Fiq , Yarmouk University) Firman Allah s.w.t dalam surah Al Maidah ayat 42 yang bermaksud: “Jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil, kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang adil”. Undang-undang Islam menekankan keadilan yang tinggi dan tidak membenarkan ia digunakan untuk kezaliman. Oleh sebab itu Mahkamah Syariah telah ditubuhkan atau diwujudkan di setiap buah negeri di Malaysia. Mahkamah Syariah ini akan mengendalikan kes-kes yang berkaitan dengan orang Islam sahaja. Perkembangan Mahkamah Syariah ini amat berlainan dengan apa yang berlaku di negara-negara Islam di Asia Barat iaitu sistem Mahkamah Syariah di Malaysia tetap berjalan serentak dengan sistem mahkamah negara selepas merdeka meskipun kedudukannya tidak sama dengan mahkamah negara. Dalam sistem pentadbiran formal, kedudukan kadi dan Mahkamah Syariah terletak di bawah sistem pentadbiran Jabatan Agama Islam di setiap buah negeri kecuali Sabah dan Sa

Senarai Calon yang Berjaya Mengikuti Program Tajaan Biasiswa DSLP

Image
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Berikut dinamakan calon-calon yang telah terpilih untuk mengikuti Kursus tajaan DSLP untuk pemilihan yang pertama, Pemilihan seterusnya bakal menyusul setelah mendapat persetujuan majikan. Perhatian juga kepada calon-calon yang bakal menamatkan pengajian pada tahun 2014, anda akan menjalani program khas yang bakal dilaksanakan nanti.

Potensi graduan Asia Barat

Image
Sumber : Utusan Online 08/03/2012   Oleh ZAINUL RIJAL ABU BAKAR KPMM ditubuhkan bertujuan untuk memberi pendedahan kerjaya guaman syarie kepada mahasiswa syariah di Mesir. GRADUAN lulusan Asia Barat terkenal dengan kemahiran mereka dalam hukum-hakam agama. Mereka juga berupaya membaca teks asal kitab-kitab agama bagi menjadi rujukan. Golongan itu memiliki potensi yang amat besar untuk dimanfaat negara, khususnya dalam bidang guaman syarie.