Posts

Showing posts from February 20, 2014

Lawatan Rasmi ke EMJ

Image
SWEIFEIH, 19 Februari - Wakil Kelab Peguam Muda Jordan(KPMJ) telah berkesempatan untuk menziarahi Prof Mohd Azidan Abdul Jabbar, Pengarah Education Malaysia Jordan serta Ustaz Kamarulzaman bin Mustappa, Pegawai Atase Pendidikan yang baru bagi membentangkan beberapa perkara yang ingin dilaksanakan kelab pada tahun ini.

Banyak input dan nasihat yang diberikan kepada kami bagi melebarkan lagi sayap pada sesi kali ini. Justeru itu, pihak KPMJ dengan penuh ta'zim mengucapkan selamat datang dan bertugas kepada Ustaz Kamarulzaman. Semoga dipermudahkan segala urusan sekeluarga untuk meneruskan bakti disini.

"Memartabat Syarie, Berpaksi Integriti"