Posts

Showing posts from April 25, 2014

Termenterainya Perjanjian..

Image
SWEILEH, 24 April - Telah dilaksanakan Majlis Penandatanganan Perjanjian  Persetujuan Kelab Peguam Muda Jordan (KPMJ) sebagai kelab di bawah Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ) semalam. KPMJ telah diwakili oleh Saudara Muhammad bin Abdullah, Presiden dan Saudara Asrol Nizam bin Yusof, Setiausaha Kehormat dalam memenuhi jemputan mesyuarat MPMMJ.
Hasil mesyuarat tersebut, wakil kelab telah bersetuju dengan dasar-dasar perjanjian yang dikemukakan oleh pihak MPMMJ. Dasar perjanjian ini telah ditandatangani oleh Presiden KPMJ, saudara Muhammad dan telah disaksikan oleh para AMT MPMMJ sendiri. Turut dihadiri bersama wakil Kelab Haluan Siswa Jordan, Kelab Unit Zakat Dan Sedekah dan Kelab Revolusi Multimedia SeJordan.