Posts

Showing posts from March 14, 2014

Pencarian MH370 : Pengharaman Khidmat Bomoh

Terlebih dahulu marilah sama-sama kita menginsafi bahawa sesungguhnya kekuasaan Allah meliputi semua cipta anNya. Apabila Allah menghendaki sesuatu, maka Dia hanya memerintahkannya sahaja, begitulah hebatnya kekuasaan Allah SWT. Sebagai manusia yang diciptakan olehNya, Dia menguji kita dengan pelbagai ujian demi untuk kesempurnaan manusia itu sendiri. Allah tidak akan menguji manusia di luar kemampuannya. Dia menguji kita dengan pelbagai dugaan dalam taraf kemampuan manusia dan setelah disediakan dengan segala alat kelengkapan pada diri manusia itu sendiri. JAKIM menyelar usaha pihak-pihak yang mendapatkan khidmat bomoh dalam usaha pencarian pesawat MH370 yang secara jelas adalah bertentangan dengan Islam. Hukum mengamalkan pengubatan alternatif atau kaedah perbomohan adalah harus di dalam Islam namun mestilah tidak bertentangan dengan syarak. JAKIM telah terlebih dahulu mengeluarkan Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam untuk diteliti dan difahami oleh masyarakat dan ia boleh diakses