Posts

Setelah 6 Tahun Tertubuhnya KPMJ

Image
Kelab Peguam Muda Jordan


1) Pengenalan Kelab Peguam Muda Jordan (KPMJ) ditubuhkan pada 19 Julai 2011 hasil cetusan idea Saudara Muhammad Shafiq Mukhtar Presiden Persatuan KPMJ yang dipersetujui oleh Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Dato' Zainul Rijal Bin Abu Bakar dan telah dirasmikan penubuhannya oleh YAB Dato' Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri di Amman, Jordan. Objektif awal penubuhan kelab ini adalah lebih kepada berorientasikan kepada karier guaman dan latihan undang-undang bagi membentuk pelapis institusi guaman dan mahkamah syariah Malaysia pada masa akan datang serta memberi input tentang isu perundangan semasa. Ini adalah satu medium untuk Mahasiswa Jordan membina karakter dan potensi ke arah melahirkan tenaga profesional berdasarkan kepada perkongsian pintar melalui modul-modul tersusun. Dua institusi yang menjadi penaung utama kepada kelab ini adalah Persatuan Peguam Muslim Malaysia dan Education Malaysia Jordan.

Lawatan Ke EMJ dan Kedutaan Besar Malaysia Jordan

Image
Alhamdulillah, pada 15 Mei yang lalu, pihak Kelab Peguam Muda Jordan telah mengadakan satu lawatan ke Education Malaysia Jordan (EMJ) dan Kedutaan Besar Malaysia Jordan.






Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat.

" Keadilan Diperkasa, Bertunjangkan Syariah. "

Pengenalan Kelab Peguam Muda Jordan Sesi 2017/2018

Image
Pengenalan Kepimpinan Kelab Peguam Muda Jordan Sesi 2017/2018A) AHLI MAJLIS TERTINGGI

i) Presiden
- Mohammad Mirzan bin Abdul Majid
- Tahun 2, Universiti Mu'tah
  Facebook: Mirzan Majid

ii) Timbalan Presiden
- Puteri Raudhatul Rajihah binti Megat Indra Shahpri
- Tahun 2, Universiti Yarmouk
  Facebook :  الراجحة شهڤري

iii) Setiausaha Agung
- Ahmad Huzaifah bin Ahmad Fauzi
- Tahun 2, Universiti Mafraq
  Facebook : Ahmad Huzaifah

iv) Timbalan Setiausaha Agung
- Siti Nur Aisyah binti Ahmad Fuad
- Tahun 2, Universiti Mu'tah
  Facebook : Siti Nur Aisyah

v) Bendahari Agung
- Anas Afifi Bin Zulkefli
- Tahun 3, Universiti Mu'tah
  Facebook : Anas Afifi

vi) Timbalan Bendahari Agung
- Najah Mohd Fadil
- Tahun 3, Universiti Mu'tah
  Facebook : Najah Mohd Fadil

B) AHLI  LEMBAGA  TADBIR

i) Exco Penyelidikan dan Pembangunan Akademik
- Muhammad Faisal bin Abd Ramlan
- Tahun 1, Universiti Yarmouk
  Facebook : Faisal Ramlan

ii) Exco Kepimpinan dan Latihan Guaman
- Muhammad Azki Hanafi bin Moh…

Sejarah Penubuhan KPMJ

Image
Sejarah Penubuhan KPMJ
1) Kelab Peguam Muda Jordan (KPMJ) ditubuhkan pada 19 Julai 2011, hasil cetusan idea Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Dato' Zainul Rijal bin Abu Bakar.

2) Penubuhan KPMJ telah dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Jamil KhirBaharom di Amman, Jordan.

3) Objektif penubuhan KPMJ adalah sebagai medium pendedahan ilmu guaman, perundangan, perlembagaan dan karier guaman serta latihan undang-undang bagi membentuk pelapis institusi guaman dan mahkamah syariah pada masa akan datang.

4) Merupakan suatu medium bagi mahasiswa Jordan untuk membina karakter dan potensi ke arah melahirkan tenaga profesional berdasarkan perkongsian pintar melalui modul-modul yang tersusun.

5) Dua badan yang menjadi penaung utama KPMJ ialah :
      i) Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM).
      ii) Education Malaysia Jordan (EMJ).

Misi, Visi, dan Moto KPMJ sesi 2017/2018

Image
a.  Misi
Melahirkan mahasiswa yang celik perundangan dan perlembagaan serta membentuk pelapis peguam syarie kelas pertama yang kompetitif dan versatil.

b. Visi 1) Medium perbincangan ilmiah dan intelektual serta perkongsian isu-isu semasa.
2) Medan latihan kepeguaman dan pendedahan berkaitan perundangan serta perlembagaan.
3) Membuka ruang praktikal dan platform kerjaya guaman secara lebih meluas kepada mahasiswa/i Malaysia di Jordan.

c. Moto “Keadilan Diperkasa, Bertunjangkan Syariah.”



Bengkel Pengurusan Harta Pusaka

Image
11 September 2016 - Alhamdulillah telah selesai Bengkel Pengurusan Harta Pusaka anjuran Kelab Peguam Muda Jordan dengan kerjasama Majlis Mahasiswa Yarmouk. Program selama tiga hari ini menekankan kepada para peserta teori dan praktikal berkaitan harta pusaka. Juga diadakan slot khas yang mendedahkan Prosedur Pengurusan Harta Pusaka di Malaysia.
Pihak penganjur dan pelaksana program sangat berpuas hati dengan kesungguhan peserta, kelancaran program dan keberhasilan program ini.

Sejarah LANCER

Image
Tahukah anda?


Lancer Keempat telah berlangsung pada 27 dan 28 November 2015 di Mudaraj Hussein Universiti Al Al-Bayt dan telah memilih "Dunia Forensik: Mitos, perundangan dan syariah" sebagai tema Lancer pada kali ini.

Lancer Keempat telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dari pelbagai pihak di samping berjaya memberi info yang berguna kepada para peserta.

"Mendukung Syariah, Menegak Keadilan"

Kunjungan Hormat KPMJ ke ZRTA dan Pertemuan Bersama PPMM

Image
7 September 2016 -  Pimpinan KPMJ telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat ZRTA di Subang Jaya.
Kunjungan ini disambut mesra oleh Dato' Haji Zainul Rijal Abu Bakar dan barisan pimpinan PPMM. Pertemuan yang bertujuan mengeratkan hubungan dan membincangkan perkembangan semasa perjalanan KPMJ di Jordan. InshaAllah tahun ini PPMM akan sekali lagi berkunjung ke Jordan dalam siri LANCER V.

Mut Syariah

27 Ogos 2016 - Satu perjumpaan telah dilaksanakan antara peserta di pihak Peguambela Mut Syariah Lancer V. Perjumpaan ini yang berlangsung di Amman telah dihadiri oleh 2 orang peserta dan Setiausaha Kehormat 1 KPMJ. Melalui perbincangan tersebut, para peserta telah menyusun gerak kerja dan kajian untuk kes yang telah diberikan oleh pihak PPMM. Peserta yang lain ada yang terlibat dengan Summer Pre-Chambering di Malaysia anjuran PPMM dengan kerjasama KPMJ dan KPMM. 30 Ogos 2016 - Telah berlangsung perjumpaan Jurulatih Mut Syariah Lancer V di Irbid. Melalui perjumpaan ini, Jurulatih telah membincangkan dan meneliti soalan Kes yang telah diberi oleh PPMM seterusnya merangka gerak kerja dan kajian yang perlu dilakukan oleh peserta. Perjumpaan tersebut turut dihadiri oleh Setiausaha Kehormat 1 KPMJ sebagai wakil pimpinan. Moga Allah permudahkan segala urusan kita semua dan Allah sentiasa berkati dan Redhai segala amal kerja buat kita.
"Mendukung Syariah, Menegak Keadilan"

Sejarah LANCER

Image
Pada 16/11/2012 bersamaan hari Sabtu, program Lawyer One Stop Centre (LANCER) telah dianjurkan buat julung-julung kalinya di Universiti Al Al-Bayt oleh Kelab Peguam Muda Jordan dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia dengan kerjasama Education Malaysia Jordan dan Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan. LANCER yang pertama kali diadakan itu telah mengangkat tema "Realiti Hudud Matlamat Akhir". Teruskan bersama kami untuk mengetahui maklumat lanjut.
"Mendukung Syariah, Menegak Keadilan"

Perkahwinan Warganegara Malaysia yang Beragama Islam di Jordan

PERKAHWINAN WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERAGAMA ISLAM DI JORDAN 1. Warganegara Malaysia yang beragama Islam yang berhasrat untuk berkahwin di Jordan perlu memohon Surat Kebenaran/Surat Perakuan samada bujang atau pernah berkahwin daripada Jabatan Agama Islam di Malaysia. 2. Surat Kebenaran untuk berkahwin di Jordan daripada Malaysia diperlukan bagi mengelakkan dikenakan bayaran denda/penalti semasa mendaftarkan perkahwinan di Jabatan Agama Islam di Malaysia. 3. Surat Perdaftaran Perkahwinan Jordan hendaklah diperakukan/disahkan oleh Kementerian Luar Negara Jordan sebelum diendos oleh pihak Kedutaan Besar Malaysia di Amman.

Memahami Istilah Undang-undang

Memahami Istilah Undang-Undang
1. Alibi : Bukti yg menunjukkan bahawa seseorang tidak berada di tempat kejadian ketika sesuatu jenayah dilakukan. 2. Afidavit : Dokumen bersumpah yg mencatatkan kenyataan pengakuan seseorang tentang sesuatu hal (dalam kes jenayah atau sivil) sebarang penipuan dalam afidavit boleh menyebabkan pembuatnya dijatuhi hukuman penjara. 3. Certiorari : Perintah mahkamah yang mengetepikan keputusan yang dibuat oleh mahkamah yang lebih rendah. 4. Habeas corpus : Perintah mahkamah supaya seseorang dilepaskan daripada penahanan yang tidak mengikut undang-undang.