Posts

Showing posts from 2013

LANCER II : Diari Suara Anak Merdeka

Image
             Irbid, JORDAN - Alhamdulillah dan syukur kita kepadaNya kerana dengan limpah dan kurnianNya, KPMJ sekali lagi dapat menganjurkan program LANCER dengan anjuran bersama PPMM serta kerjasama Education Malaysia Jordan(EMJ), MPMMJ, IMAPs, PERMAI, IMWIP, KMKJ, BAKSIS,MUTIARA, PUTRA dan HALUAN SISWA JORDAN bertemakan Diari Suara Anak Merdeka(Dr.SAM). P rogram ini telah diadakan pada 29-30 November 2013 (Jumaat dan Sabtu) di Dewan Kindi, Universiti Yarmouk yang dirasmikan oleh Duta Besar Malaysia ke Jordan, TYT Dato' Abdul Malek bin Abdul Aziz.

Ifthor Jamai'e: Khas Buat Ahli KPMJ

Image
Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Peguam Muda Jordan (KPMJ) akan mengadakan satu majlis berbuka puasa yang dinamakan 'Mafateh Mahabbah Ramadhan 2013 (MAHAR 13') yang akan diadakan pada 19 Julai 2013 (Jumaat). MAHAR13' merupakan program julung kali yang akan mengumpulkan semua ahli KPMJ seluruh Jordan. 

Beza antara Mahkamah (undang-undang) Sivil dan Syariah di Malaysia?

Image
Ramai di kalangan kita mengetahui akan wujudnya undang-undang Syariah di negara kita yang pada dasarnya dijalankan prosidingnya oleh Mahkamah Syariah. Namun ramai yang menyangka bahawa undang-undang Syariah itu hanya bersangkutan dengan perkara-perkara Munakahat semata-mata iaitu nikah-kahwin, cerai-rujuk, hak-hak barkaitan selepas perceraian untuk orang-orang Islam dan tidak lebih dari itu.

Pengiktirafan Haluan Siswa Jordan!

Image
Kelab Peguam Muda Jordan (KPMJ) mengucapkan Seinfiniti Tahniah kepada KELAB  HALUAN SISWA JORDAN yang telah diiktiraf oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan dan Education Malaysia Jordan.

Salam IMTIHAN NIHAIE !

Image
SALAM IMTIHAN untuk Warga Jordan yang bakal menghadapi Imtihan Nihaie (Final Exam). Doakan kejayaan untuk semua agar berjaya dunia dan akhirat InsyaAllah.

Kenyataan Rasmi PPMM Berhubung Pilihanraya Umum ke-13

Image
PERSATUAN PEGUAM PEGUAM MUSLIM MALAYSIA (PPMM) mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kerana telah diisytiharkan dan berjaya mendapat majoriti dan membentuk Kerajaan Persekutuan dan beberapa kerajaan negeri. PPMM juga ingin merakamkan tahniah juga kepada Pakata ... n Rakyat yang berjaya mendapat kerusi majoriti dan membentuk kerajaan-kerajaan negeri di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.

Isu Petisyen Pilihanraya Umum 13 (2013)

Image
Bismillah. Ramai yg bertanya tentang Petisyen Pilihanraya, saya cuba untuk menjawab dengan ringkas didalam bahasa komunikasi yg mudah utk disampaikan.

Tahniah !

Image
Ucapan Tahniah  Daripada Kelab Peguam Muda Jordan (KPMJ) Di atas Kemenangan Calon yang menang dalam PRU13 "Syariah Asas Profesionalisme"

Harus Wasiat Semua Harta Kepada Anak

Image
Soalan : Saya dan suami mempunyai empat anak dan semuanya perempuan. Ini bermakna kami tidak mempunyai waris anak lelaki. Adakah dibolehkan dalam Undang-Undang Islam bagi kami untuk mewasiatkan harta yang kami ada ketika hidup kepada semua anak kami melalui mana-mana pemegang amanah? Azizah, Kuala Lumpur.

Tugas Peguam Muslim Memartabatkan Agama

Image
UMUM mengetahui bahawa dalam setiap tindakan di Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil, peguam adalah pihak penting membantu perjalanan kes. Secara umumnya, profesion kepeguaman berpaksikan kepada minat, kesungguhan dan kecintaan kepada bidang guaman itu sendiri. Seseorang peguam wajar berusaha memiliki kualiti seperti berintegriti, sabar, suka mencari ilmu, meluangkan masa, tenaga dan kepakaran membantu pihak yang memerlukan tanpa menjadikan wang sebagai ganjaran dan matlamat utama.

Apa kata mereka tentang program Summer Pre-Chambering (SPC) ?

Image
"..banyak pendedahan yang saya dapati apabila menyertai program Summer Pre-Chambering ini dan secara tidak langsungnya pemikiran saya juga menjadi lebih matang.  Banyak pengalaman2 menarik dapat saya pelajari sepanjang menjalani SPC ini, antaranya.. bertugas sebagai pembantu dewan di mahkamah rendah syariah, membuat penilaian di mahkamah tinggi syariah, semak pliding kes-kes mahkamah rendah, dapat berkomunikasi secara lansung dengan ketua hakim negeri selangor, menjadi pemerhati semasa proses sulh dijalankan, masuk ke dewan parlimen di KL, dan banyak lagi aktiviti-aktiviti yang memberikan pengalaman baru sepanjang tempoh berkursus.

Simposium Minda Patriot (SMART)

Image
  Simposium Minda Patriot (SMART) anjuran Kelab Peguam Muda Jordan (KPMJ) telah melabuhkan tirainya pada 19 Februari yang lalu. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pencerahan kepada mahasiswa di Jordan mengenai isu penggunaan Kalimah Allah, bangsa & agama serta hal ehwal semasa. Di samping itu, program ini menyediakan platform kepada mahasiswa untuk mengemukakan pendapat melalui dialog dan diskusi secara matang dan ilmiah serta responsive tentang isu kebangsa-agamaan.