Posts

Showing posts from May 7, 2016

Slot Tahukah Anda?

PERKEMBANGAN UNDANG-UNDANG KELUARGA DI NEGARA-NEGARA ISLAM Undang-undang Islam yang dilaksanakan di sebahagian besar negara-negara Islam adalah berkaitan dengan undang-undang diri atau undang-undang keluarga yang dikenali sebagai al-ahwal al-Shakhsiyyah atau al-huquq al-ailah. Undang-undang im berkaitan dengan perkahwinan, perceraian, hak dan tanggungjawab mengenai nafkah, kesahtarafan anak, penjagaan anak, pusaka berwasiat dan tak berwasiat. Kecuali beberapa buah negara sahaja seperti Arab Saudi yang masih menge-kalkan pemakaian undang-undang Islam dalam aspek undang-undang sivil, jenayah dan percukaian Islam sepertimana diperkenalkan oleh fuqaha' Islam terdahulu. Undang-undang Keluarga Islam yang dilaksanakan oleh negara-negara Islam boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan yang berbeza, iaitu: 1. Negara Islam yang masih mengekalkan pemakaian Undang-Undang Keluarga Islam klasik berdasarkan pelbagai mazhab, tanpa mengubah dan membuat kodifikasi hingga sekarang. 2. Negara Is