Posts

Showing posts from September 17, 2016

Bengkel Pengurusan Harta Pusaka

Image
11 September 2016 - Alhamdulillah telah selesai Bengkel Pengurusan Harta Pusaka anjuran Kelab Peguam Muda Jordan dengan kerjasam a Majlis Mahasiswa Yarmouk. Program selama tiga hari ini menekankan kepada para peserta teori dan praktikal berkaitan harta pusaka. Juga diadakan slot khas yang mendedahkan Prosedur Pengurusan Harta Pusaka di Malaysia. Pihak penganjur dan pelaksana program sangat berpuas hati dengan kesungguhan peserta, kelancaran program dan keberhasilan program ini.

Sejarah LANCER

Image
Tahukah anda? Lancer Keempat telah berlangsung pada 27 dan 28 November 2015 di Mudaraj Hussein Universiti Al Al-Bayt dan telah memilih "Dunia Forensik: Mitos, perundangan dan syariah" sebagai tema Lancer pada kali ini. Lancer Keempat telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dari pelbagai pihak di samping berjaya memberi info yang berguna kepada para peserta. "Mendukung Syariah, Menegak Keadilan"

Kunjungan Hormat KPMJ ke ZRTA dan Pertemuan Bersama PPMM

Image
7 September 2016 -  Pimpinan KPMJ telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat ZRTA di Suba ng Jaya. Kunjungan ini disambut mesra oleh Dato' Haji Zainul Rijal Abu Bakar dan barisan pimpinan PPMM. Pertemuan yang bertujuan mengeratkan hubungan dan membincangkan perkembangan semasa perjalanan KPMJ di Jordan. InshaAllah tahun ini PPMM akan sekali lagi berkunjung ke Jordan dalam siri LANCER V.