Bengkel Pengurusan Harta Pusaka

11 September 2016 - Alhamdulillah telah selesai Bengkel Pengurusan Harta Pusaka anjuran Kelab Peguam Muda Jordan dengan kerjasama Majlis Mahasiswa Yarmouk.
Program selama tiga hari ini menekankan kepada para peserta teori dan praktikal berkaitan harta pusaka. Juga diadakan slot khas yang mendedahkan Prosedur Pengurusan Harta Pusaka di Malaysia.

Pihak penganjur dan pelaksana program sangat berpuas hati dengan kesungguhan peserta, kelancaran program dan keberhasilan program ini.

Pada akhir bengkel, para peserta diuji dengan ujian kefahaman Pengurusan Harta Pusaka. Setelah melihat ujian tersebut, pihak penganjur dan pelaksana serta barisan guru yang mengajar sangat berpuas hati terhadap kefahaman peserta.

Namun begitu, para peserta seharusnya meneruskan terokai ilmu Pengurusan Harta Pusaka ini melalui apa cara sekalipun kerana bengkel ini saja tak cukup.

Perasmian penutup telah dihadiri oleh Tuan Harith Jurimi ; Timbalan Presiden Permai Jordan .

Setinggi-tinggi Penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
Moga Allah redha dengan segala amal kerja buat kita semua.



"Mendukung Syariah, Menegak Keadilan"

Comments

Popular posts from this blog

Syarat Minimum Peguam Syarie Mengikut Negeri

Info tentang Diploma Perundangan