Posts

Showing posts from March, 2014

Pendakwaan Ke Atas Kassim Ahmad Tidak Bercanggah Syariat atau Perlembagaan

27 Mac - Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM) telah mengikuti kronologi isu Kasim Ahmad sehingga beliau didakwa di mahkamah syariah Putrajaya semalam. Kronologi peristiwa tersebut diukur berdasarkan parameter perundangan, perlembagaan dan syariah. 

PPMM menegaskan bahawa setiap kebebasan yang dianugerahkan di dalam Perlembagaan Persekutuan ataupun dalam Islam termasuk kebebasan bercakap bukanlah diberikan secara total tetapi ada had yang telah digariskan. Tiada kebebasan mutlak di dalam mana-mana sistem perundangan di dunia ini.

PPMM juga menegaskan bahawa pendakwaan terhadap Kasim Ahmad adalah sejajar dengan undang-undang yang berkuatkuasa. Beban pembuktian untuk mensabitkan beliau bersalah atas kesalahan yang didakwa masih lagi terletak di bahu pendakwa syarie.

Keluarga Mangsa MH370 : Khidmat Mediasi dan Nasihat Undang-Undang

Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menzahirkan rasa sedih dan simpati kepada seluruh keluarga, sahabat handai, rakan taulan penumpang dan krew MH 370 yang telah diisytiharkan berakhir oleh Perdana Menteri Malaysia tanpa mengira kaum bangsa warganegara ataupun agama mereka. Tragedi ini mendapat perhatian seluruh masyarakat merentasi apa jua batasan geografi dan politik. Seorang waras fikiran sudah pasti akan turut merasai kepiluan yang sedang dihadapi mereka.

PPMM mengajak semua umat Islam agar terus berdoa agar Allah permudah pencarian pesawat tersebut dan dapat merungkaikan punca sebenar kejadian. Doa merupakan senjata orang mukmin dan insha Allah akan kelak dimakbul Allah. PPMM juga memohon agar kita tidak terus menerus membuat spekulasi yang tidak berpaksikan kepada fakta demi menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

Tahniah dan Takziah!

Image
Masih belum terlambat untuk kami mengucapkan tahniah dan takziah kepada saff kepimpinan baru Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ) dan persatuan-persatuan zon PERMAI, PPMA, PRISMA dan PERMATA atas taklifan yang diberikan.

Sesungguhnya kepimpinan ini merupakan suatu amanah yang harus dipikul dengan sebaik mungkin oleh setiap pemimpin yang telah dipilih oleh ahli-ahlinya.

Semoga setiap langkah dan usaha kita sentiasa dibimbing dan diredhai oleh Allah. Selamat meneruskan perjuangan !

COMANGO : Penerimaan Muktamad Syor Kepada Kerajaan Malaysia

20 Mac, Palais des Nasions, GENEVA -Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menghadiri sidang penerimaan muktamad syor kepada Kerajaan Malaysia yang diberikan semasa Sidang Semakan Berjadual Sejagat hari ini yang berlangsung di Palais des Nasions, Geneva.

Delegasi PPMM yang tiba lebih awal sebelum ini juga berpeluang menjalani latihan bersama Geneva International Centre for Justice bagi mendapat maklumat, input dan penjelasan tentang proses UPR, Majlis Hak Asasi Malaysia dan prosedur-prosedur yang boleh digunakan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. PPMM juga berpeluang menghadiri beberapa sidang sampingan (side events) khususnya berkaitan dengan terorisma dan menghadapi terrorisma, hak asasi Islam di Malaysia, wanita dalam konflik, Palestin dan juga beberapa sidang tidak rasmi lain.

Pencarian MH370 : Pengharaman Khidmat Bomoh

Terlebih dahulu marilah sama-sama kita menginsafi bahawa sesungguhnya kekuasaan Allah meliputi semua ciptaanNya. Apabila Allah menghendaki sesuatu, maka Dia hanya memerintahkannya sahaja, begitulah hebatnya kekuasaan Allah SWT. Sebagai manusia yang diciptakan olehNya, Dia menguji kita dengan pelbagai ujian demi untuk kesempurnaan manusia itu sendiri. Allah tidak akan menguji manusia di luar kemampuannya. Dia menguji kita dengan pelbagai dugaan dalam taraf kemampuan manusia dan setelah disediakan dengan segala alat kelengkapan pada diri manusia itu sendiri.

JAKIM menyelar usaha pihak-pihak yang mendapatkan khidmat bomoh dalam usaha pencarian pesawat MH370 yang secara jelas adalah bertentangan dengan Islam. Hukum mengamalkan pengubatan alternatif atau kaedah perbomohan adalah harus di dalam Islam namun mestilah tidak bertentangan dengan syarak. JAKIM telah terlebih dahulu mengeluarkan Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam untuk diteliti dan difahami oleh masyarakat dan ia boleh diakses …

Kehilangan Pesawat MH 370 BOEING 777-200

Seri Kembangan, 9 Mac - Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM) merakamkan kedukacitaan atas kehilangan pesawat pesawat MH 370 dinihari 8 Mac lepas. PPMM berkongsi kedukacitaan ini dengan semua keluarga penumpang dan krew penerbangan tersebut dan seluruh saf pimpinan PPMM berdoa agar misteri kehilangan pesawat ini dapat dirungkaikan dengan segera.

        PPMM juga menghargai keprihatinan semua pihak yang tidak putus putus mengikuti perkembangan tragedi ini dan menitipkan doa dan harapan agar tiada perkara buruk yang berlaku. Namun PPMM menasihati khalayak awam agar tidak menyebarkan sebarang bentuk spekulasi yang tidak disahkan kebenarannya. Ini adalah bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa yang kini dalam keresahan melebihi keresahan yang kita alami. Berat mana mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

"Booth Terbaik!"

Image
Jumaat, 28 Februari 2014 ; Mu'tah Jordan - Kelab Peguam Muda Jordan (KPMJ) telah mengambil bahagian dalam Karnival anjuran Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu'tah(PERMATA) yang bertemakan 'Ilmu Permata Utama'.