Posts

Showing posts from August 10, 2017

Setelah 6 Tahun Tertubuhnya KPMJ

Image
Kelab Peguam Muda Jordan


1) Pengenalan Kelab Peguam Muda Jordan (KPMJ) ditubuhkan pada 19 Julai 2011 hasil cetusan idea Saudara Muhammad Shafiq Mukhtar Presiden Persatuan KPMJ yang dipersetujui oleh Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Dato' Zainul Rijal Bin Abu Bakar dan telah dirasmikan penubuhannya oleh YAB Dato' Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri di Amman, Jordan. Objektif awal penubuhan kelab ini adalah lebih kepada berorientasikan kepada karier guaman dan latihan undang-undang bagi membentuk pelapis institusi guaman dan mahkamah syariah Malaysia pada masa akan datang serta memberi input tentang isu perundangan semasa. Ini adalah satu medium untuk Mahasiswa Jordan membina karakter dan potensi ke arah melahirkan tenaga profesional berdasarkan kepada perkongsian pintar melalui modul-modul tersusun. Dua institusi yang menjadi penaung utama kepada kelab ini adalah Persatuan Peguam Muslim Malaysia dan Education Malaysia Jordan.