Posts

Showing posts from April, 2014

Termenterainya Perjanjian..

Image
SWEILEH, 24 April - Telah dilaksanakan Majlis Penandatanganan Perjanjian  Persetujuan Kelab Peguam Muda Jordan (KPMJ) sebagai kelab di bawah Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ) semalam. KPMJ telah diwakili oleh Saudara Muhammad bin Abdullah, Presiden dan Saudara Asrol Nizam bin Yusof, Setiausaha Kehormat dalam memenuhi jemputan mesyuarat MPMMJ. Hasil mesyuarat tersebut, wakil kelab telah bersetuju dengan dasar-dasar perjanjian yang dikemukakan oleh pihak MPMMJ. Dasar perjanjian ini telah ditandatangani oleh Presiden KPMJ, saudara Muhammad dan telah disaksikan oleh para AMT MPMMJ sendiri. Turut dihadiri bersama wakil Kelab Haluan Siswa Jordan, Kelab Unit Zakat Dan Sedekah dan Kelab Revolusi Multimedia SeJordan.

S.P.C Menyusul Lagi!

Tawaran kepada semua ahli KPMJ.  Berminat dan bercita-cita menjadi peguam/hakim? Ingin merasai pengalaman praktikal di mahkamah dan firma?

Salam Takziah!

Image
Kelab Peguam Muda Jordan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga YB Karpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor dan pembantu beliau yang telah terkorban dalam sebuah kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Utara-Selatan. Dikenali sebagai seorang tokoh yang berpegang teguh kepada prinsip undang-undang dan perlembagaan. Beliau juga seorang yang berpengalaman luas dalam arena perundangan serta meninggalkan sumbangan yang besar dalam bidang ini. Disegani oleh pihak kawan dan lawan. Semoga keluarga mendiang terus bersabar atas dugaan yang berlaku.