Posts

Showing posts from March 28, 2014

Pendakwaan Ke Atas Kassim Ahmad Tidak Bercanggah Syariat atau Perlembagaan

27 Mac -  Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM) telah mengikuti kronologi isu Kasim Ahmad sehingga beliau didakwa di mahkamah syariah Putrajaya semalam. Kronologi peristiwa tersebut diukur berdasarkan parameter perundangan, perlembagaan dan syariah.  PPMM menegaskan  bahawa setiap kebebasan yang dianugerahkan di dalam Perlembagaan Persekutuan ataupun dalam Islam termasuk kebebasan bercakap bukanlah diberikan secara total tetapi ada had yang telah digariskan. Tiada kebebasan mutlak di dalam mana-mana sistem perundangan di dunia ini. PPMM juga menegaskan bahawa pendakwaan terhadap Kasim Ahmad adalah sejajar dengan undang-undang yang berkuatkuasa. Beban pembuktian untuk mensabitkan beliau bersalah atas kesalahan yang didakwa masih lagi terletak di bahu pendakwa syarie.