Posts

Showing posts from April 27, 2016

BENGKEL INSPIRASI GUAMAN SYARIE III

Image
SLOT KEEMPAT: Dokumentasi, Advokasi, Persepsi dalam Prosiding di Mahkamah Syariah PANEL : Najwa Arifah bt Yasin Istimewa buat peserta yang bakal menjejakkan kaki ke dalam kamar perbicaraan, slot bersama panel ketiga bakal memberi pendedahan mengenai jenis-jenis kes dan perincian dokumen yang berkaitan. Pada masa yang sama, para peserta juga berpeluang memahami secara teori dan praktikal berkaitan kaedah perbicaraan dan penghujahan , seterusnya melakukan mooting dalam kumpulan seusai pembentangan slot. Nantikan perkongsian mengenai kaedah menyempurnakan dokumen , hujah dan fakta yang benar-benar membuatkan anda merasa bahang kehangatan kerjaya sebagai seorang peguam! Bersama kami di BIGS III,
7 MEI 2016 ini, dengan tema
"Syariah Dilestari, Integriti Dikagumi", hanya di Mu'tah. "Mendukung Syariah, Menegak Keadilan" ::Membangun Mahasiswa M.U.S.L.I.M Kelas Pertama::

BENGKEL INSPIRASI GUAMAN SYARIE III

Image
SLOT KETIGA : Pengenalan kepada Kes-kes Mal dan Jenayah serta Hukuman di Mahkamah Syariah. PANEL : AHMAD FARIS AINAN BIN MOHD RADZI Al-Mawardi mentakrifkan jenayah sebagai segala bentuk kesalahan menurut syariah yang boleh dihukum berdasarkan hukum Allah samada ia adalah qisas, hudud atau ta’zir. Secara umum, kes jenayah yang dibicarakan dalam mahkamah syariah melibatkan salah laku dalam agama antaranya sumbang mahram, persetubuhan luar nikah, qazaf dan liwat. Kes mal dalam konteks perundangan pula merujuk kepada kes-kes bukan jenayah yang dibicarakan di mahkamah syariah. Zahirnya, skop perbicaraan kes mal hampir menyeluruh dan merangkumi banyak aspek kekeluargaan Islam. Soroti realiti permasalahan masyarakat dalam pengenalan kes mal dan kes jenayah syariah serta hukumannya dalam slot bersama panel kedua! Bersama kami di BIGS III,
7 MEI 2016 ini, dengan tema
"Syariah Dilestari, Integriti Dikagumi", hanya di Mu'tah. "Mendukung Syariah, Menegak Keadilan"
::Memba…