Posts

Showing posts from February, 2014

Kenyataan media PPMM dialog bersama COMANGO

Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menegaskan bahawa PPMM telah membaca dan memahami laporan yang disediakan oleh COMANGO kepada Majlis Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. PPMM mendapati bahawa terdapat beberapa tuntutan yang dikemukakan oleh COMANGO menjejaskan keluhuran Perlembagaan Persekutuan  dan kedaulatan undang-undang. Malah tuntutan tersebut juga akan memberi kesan yang besar kepada kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan serta berupaya menimbulkan keresahan dan kegusaran di dalam masyarakat Islam.

Lawatan Rasmi ke EMJ

Image
SWEIFEIH, 19 Februari - Wakil Kelab Peguam Muda Jordan(KPMJ) telah berkesempatan untuk menziarahi Prof Mohd Azidan Abdul Jabbar, Pengarah Education Malaysia Jordan serta Ustaz Kamarulzaman bin Mustappa, Pegawai Atase Pendidikan yang baru bagi membentangkan beberapa perkara yang ingin dilaksanakan kelab pada tahun ini. Banyak input dan nasihat yang diberikan kepada kami bagi melebarkan lagi sayap pada sesi kali ini. Justeru itu, pihak KPMJ dengan penuh ta'zim mengucapkan selamat datang dan bertugas kepada Ustaz Kamarulzaman. Semoga dipermudahkan segala urusan sekeluarga untuk meneruskan bakti disini. "Memartabat Syarie, Berpaksi Integriti"