Posts

Showing posts from February 5, 2015

Lawatan ke EMJ

Image
Pada 4 Februari yang lalu, pimpinan Kelab Peguam Muda Jordan telah mengadakan lawatan ke Education Malaysia Jordan (EMJ) dalam usaha untuk meneruskan hubungan baik dengan EMJ serta mendapatkan nasihat bagi memastikan KPMJ tetap utuh sebagai sebuah organisasi yang mantap dalam memberi manfaat kepada semua.
Banyak harapan dan impian serta cadangan yang telah dilontarkan oleh Prof. Azidan dan Ustaz Kamaruzzaman sendiri kepada KPMJ. Antaranya, mereka mengharapkan ramai lagi mahasiswa Jordan yang akan berkecimpung dalam bidang ini setelah melihat sebilangan alumni KPMJ berjaya menempatkan diri dan bergelar peguam syariah di Malaysia. Ini merupakan hasil yang positif yang telah dicapai oleh KPMJ sejak tertubuhnya kelab ini. Semoga kejayaan mereka itu dapat memberi inspirasi kepada kita semua untuk turut sama menceburkan diri dalam bidang ini.

Semoga KPMJ terus mengorak langkah menuju kejayaan dan kegemilangan.
"Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"