Slot Tahukah Anda?
Perundangan Islam Di Malaysia Memahami Perkara 121 (1A) Perlembagaan - TIDAK ramai yang mengetahui Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan. Bagaimanapun, kontroversi membabitkan bekas pendaki Everest, Allahyarham Mohammad Abdullah atau nama asalnya, M Moorthy, tiba-tiba menjadi perhatian bukan saja mereka yang terbabit dalam bidang undang-undang, malah masyarakat secara keseluruhan. Apakah peruntukan ini sebenarnya dan kewajaran sesetengah pihak mendesak peruntukan ini dipinda?? • Kuasa Mahkamah Sivil dan Syariah KETIKA Perlembagaan digubal, isu ini tidak timbul. Suruhanjaya Reid cuma membuat andaian bahawa ini bukan isu penting. Tetapi memang disebut dalam Perlembagaan seperti Perkara 145 menyatakan Peguam Negara tidak ada kuasa dalam Mahkamah Syariah, Mahkamah Tentera dan Mahkamah Anak Negeri. Ini sudah jelas memperlihatkan Perlembagaan mengakui kewujudan Mahkamah Syariah walaupun ketika itu belum disebut secara jelas seperti Perkara 121(1A). Pada masa sama, Perlembagaan menye...