Posts

Showing posts from December 20, 2015

Lancer IV di Utusan Malaysia

Image
UJIAN forensik sebenarnya tidak asing dalam dunia Islam kerana pernah dilaporkan bahawa Saidina Ali k.w. pernah menggunakan air panas semasa membuktikan kesan pada pakaian wanita di dalam kes rogol. Setelah air panas dicurahkan didapati kesan yang terdapat di pakaian adalah daripada telur bukannya air mani lelaki yang sekali gus membuktikan kejadian rogol tidak berlaku. Pembuktian nasab di Mahkamah Syariah umpamanya sudah pasti akan lebih mudah sekiranya kaedah forensik diaplikasikan seperti ujian asid deoksiribonukleik (DNA). Dengan perkembangan teknologi moden sekarang, pelbagai cara pembuktian kes boleh dibuat di mahkamah termasuklah kaedah forensik. Kaedah itu tidak lagi terhad kepada kes-kes pembunuhan mahupun yang melibatkan kecederaan malah turut boleh melibatkan aspek penulisan komputer, Internet, DNA dan sebagainya yang diterima di Mahkamah Syariah dan Sivil. Justeru, baru-baru ini Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) dengan kerjasama Kelab Peguam