Posts

Showing posts from August, 2016

Sejarah LANCER

Image
Pada 16/11/2012 bersamaan hari Sabtu, program Lawyer One Stop Centre (LANCER) telah dianjurkan buat julung-julung kalinya di Universiti Al A l-Bayt oleh Kelab Peguam Muda Jordan dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia dengan kerjasama Education Malaysia Jordan dan Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan. LANCER yang pertama kali diadakan itu telah mengangkat tema "Realiti Hudud Matlamat Akhir". Teruskan bersama kami untuk mengetahui maklumat lanjut. "Mendukung Syariah, Menegak Keadilan"

Perkahwinan Warganegara Malaysia yang Beragama Islam di Jordan

PERKAHWINAN WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERAGAMA ISLAM DI JORDAN 1. Warganegara Malaysia yang beragama Islam yang berhasrat untuk berkahwin di Jordan per lu memohon Surat Kebenaran/Surat Perakuan samada bujang atau pernah berkahwin daripada Jabatan Agama Islam di Malaysia. 2. Surat Kebenaran untuk berkahwin di Jordan daripada Malaysia diperlukan bagi mengelakkan dikenakan bayaran denda/penalti semasa mendaftarkan perkahwinan di Jabatan Agama Islam di Malaysia. 3. Surat Perdaftaran Perkahwinan Jordan hendaklah diperakukan/disahkan oleh Kementerian Luar Negara Jordan sebelum diendos oleh pihak Kedutaan Besar Malaysia di Amman.

Memahami Istilah Undang-undang

Memahami Istilah Undang-Undang 1. Alibi : Bukti yg menunjukkan bahawa seseorang tidak berada di tempat kejadian ketika sesuatu jenayah dilakukan. 2. Afid avit : Dokumen bersumpah yg mencatatkan kenyataan pengakuan seseorang tentang sesuatu hal (dalam kes jenayah atau sivil) sebarang penipuan dalam afidavit boleh menyebabkan pembuatnya dijatuhi hukuman penjara. 3. Certiorari : Perintah mahkamah yang mengetepikan keputusan yang dibuat oleh mahkamah yang lebih rendah. 4. Habeas corpus : Perintah mahkamah supaya seseorang dilepaskan daripada penahanan yang tidak mengikut undang-undang.