Perkahwinan Warganegara Malaysia yang Beragama Islam di Jordan

PERKAHWINAN WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERAGAMA ISLAM DI JORDAN
1. Warganegara Malaysia yang beragama Islam yang berhasrat untuk berkahwin di Jordan perlu memohon Surat Kebenaran/Surat Perakuan samada bujang atau pernah berkahwin daripada Jabatan Agama Islam di Malaysia.
2. Surat Kebenaran untuk berkahwin di Jordan daripada Malaysia diperlukan bagi mengelakkan dikenakan bayaran denda/penalti semasa mendaftarkan perkahwinan di Jabatan Agama Islam di Malaysia.
3. Surat Perdaftaran Perkahwinan Jordan hendaklah diperakukan/disahkan oleh Kementerian Luar Negara Jordan sebelum diendos oleh pihak Kedutaan Besar Malaysia di Amman.

4. Berkahwin di Jordan tanpa memperolehi dahulu Surat Kebenaran untuk berkahwin di luar negara dari Malaysia, walaupun Surat Pendaftaran Perkahwinan Jordan telah diendoskan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Amman dan disahkan oleh Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri Malaysia, di Putrajaya, Mahkamah Syariah di Malaysia akan mengenakan bayaran denda/penalti maksimum antara RM 1,000 - RM 3,000 seorang ke atas pasangan semasa memohon untuk mendaftarkan perkahwinan di Jabatan Agama Islam di Malaysia secara sah.
5. Prosidur di atas perlu dipatuhi bagi memastikan taraf anak-anak yang bakal dilahirkan daripada pasangan yang berkahwin adalah sah mengikut hukum dan peraturan yang ditetapkan. Ini adalah bagi mengelakkan menghadapi masalah tuntutan sekiranya bercerai atau berlaku kematian.

"Mendukung Syariah, Menegak Keadilan"

Comments

Popular posts from this blog

Info tentang Diploma Perundangan

Syarat Minimum Peguam Syarie Mengikut Negeri