Posts

Showing posts from April 28, 2016

BENGKEL INSPIRASI GUAMAN SYARIE III

Image
SLOT KELIMA : Cabaran, Dugaan, dan Realiti sebagai Mooters PANEL : Mohd Hafizuddin Shah bin Abd Latip &  Hanisah binti Safiei. Aktiviti mooters Mahkamah Syariah dilihat sebagai platform terbaik untuk melahirkan Peguam Syarie dalam kalangan siswa dan siswi yang mengambil jurusan Syariah dan ilmu perundangan di institusi-institusi pengajian tinggi. Nantikan perkongsian yang menarik daripada pasangan mutazawij ini yang mana mereka telah terlibat secara langsung dalam slot mooting LANCER IV yang dibimbing oleh dua orang tenaga pengajar yang tidak asing lagi dan mempunyai pengalaman yang luas iaitu Puan Hajah Norfaizah Zainuddin dan Tuan Mohd Fasha Musthafa. Nantikan pembentangan mereka dalam Cabaran, Dugaan, dan Realiti sebagai Mooters: Suatu Pengalaman! Bersama kami di BIGS III, 7 MEI 2016 ini (SABTU) dengan tema "Syariah Dilestari, Integreti Dikagumi", hanya di Mu'tah. "Mendukung Syariah, Menegak Keadilan" ::Membangun Mahasiswa M.U.S.L.I.M