Slot Tahukah Anda?

PERKEMBANGAN UNDANG-UNDANG KELUARGA DI NEGARA-NEGARA ISLAM

Undang-undang Islam yang dilaksanakan di sebahagian besar negara-negara Islam adalah berkaitan dengan undang-undang diri atau undang-undang keluarga yang dikenali sebagai al-ahwal al-Shakhsiyyah atau al-huquq al-ailah. Undang-undang im berkaitan dengan perkahwinan, perceraian, hak dan tanggungjawab mengenai nafkah, kesahtarafan anak, penjagaan anak, pusaka berwasiat dan tak berwasiat. Kecuali beberapa buah negara sahaja seperti Arab Saudi yang masih menge-kalkan pemakaian undang-undang Islam dalam aspek undang-undang sivil, jenayah dan percukaian Islam sepertimana diperkenalkan oleh fuqaha' Islam terdahulu.
Undang-undang Keluarga Islam yang dilaksanakan oleh negara-negara Islam boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan yang berbeza, iaitu:
1. Negara Islam yang masih mengekalkan pemakaian Undang-Undang Keluarga Islam klasik berdasarkan pelbagai mazhab, tanpa mengubah dan membuat kodifikasi hingga sekarang.
2. Negara Islam yang secara total menghapuskan dan menukar Undang-Undang Keluarga Islam dengan undang-undang bertulis moden yang dikena kan kepada semua warganegara tanpa melihat kepada agama mereka.
3. Negara Islam yang membuat pembaharuan terhadap Undang-undang Keluarga Islam supaya sesuai dengan keadaan tempatan, melalui proses perundangan moden, sama ada melalui penenma pakaian (adoptasi) pendapat mazhab-mazhab lain atau melalui peraturan-peraturan pentadbiran.
Negara yang termasuk dalam kategori pertama ialah Saudi Arabia, Yaman, Bahrain, dan sebagainya. Negara-negara tersebut mengikut sistem perundangan tradisi sama ada berdasarkan kepada mazhab Hanbali (Saudi), Syafie atau Hanafi (Yaman), Maliki, Syafie dan Sylah (Bahrain), atau lain-lain
mazhab sunni (Afghanistan, Maldive, dan beberapa negara di Afrika).
Negara yang termasuk dalam kategori kedua ialah Turki (selepas kejatuhan kerajaan Uthmaniah dan sebelum 1917) dan Albania, yang kedua-duanya mempunyai penduduk majoriti beragama Islam. Undang-undang keluarga dan pusaka yang dilaksanakan ialah undang-undang sekular yang dikenakan kepada semua warganegara. Sungguhpun Undang-Undang Sivil Islam (Majallat al-Ahkam al-Adliyyah) 1876 diluluskan, tetapi undang-undang ini tidak menyentuh undang-Undang keluarga dan pusaka. Undang-undang yang dilaksanakan ialah "Civil Code" 1926 yang didasarkan kepada "Civil Code" Switzerland, 1912. Perkara yang sama berlaku bags golongan minoriti Islam di Filipina (sebelum 1985) dan Soviet Union. Di Filipina, undang-undang Islam pertama yang diiktiraf dalam sistem Perundangan Filipina ialah "Code of Muslim Personal Law, 1977", yang menyentuh undang-undang keluarga dan pusaka. Undang-undang ini mula berkuatkuasa pada bulan Oktober 1985
Manakala Negara yang termasuk dalam kategori ketiga pula ialah Turki (mulai tahun 1917), Mesir (1920-1946), Sudan, Jordan, Syria, Tunisia, Morocco, Algeria, Iraq, Iran dan Pakistan. Pembaharuan yang dilakukan dalam undang-undang keluarga sama ada clan segi "substantif atau "pentadbiran" atau kedua-duanya sekaili,iaitu dengan menggabungkan satu atau lebih pendapat fuqaha' atau gabungan dua atau lebih pendapat tersebut sepertimana terdapat dalam Islam.
Termasuk dalam kategori ini ialah negara-negara Islam di Asia Tenggara seperti Brunei, Malaysia, Indonesia, Singapura dan Ceylon. Negara-negara ini menggubal Enakmen Pentadbiran Keluarga Islam tersendirt secara komprehensif, termasuk pengawalan penyalahgunaan poligami dan perceraian. Walau bagaimanapun, undang-undang Islam yang berkaitan dengan pusaka berwasiat atau tak berwasiat masih kekal dan tidak berubah mengikut mazhab tertentu, terutama di Jordan, Algeria, Iran, Malaysia, Brunei; Indonesia dan Ceylon.
Sumber : journalarticle.ukm.my

Perkongsian oleh Saudari Siti Maisarah binti Mohamad Amin, Exco Penerangan & Integriti.

"Mendukung Syariah, Menegak Keadilan"

Comments

Popular posts from this blog

Info tentang Diploma Perundangan

Syarat Minimum Peguam Syarie Mengikut Negeri