LANCER II : Diari Suara Anak Merdeka



             Irbid, JORDAN - Alhamdulillah dan syukur kita kepadaNya kerana dengan limpah dan kurnianNya, KPMJ sekali lagi dapat menganjurkan program LANCER dengan anjuran bersama PPMM serta kerjasama Education Malaysia Jordan(EMJ), MPMMJ, IMAPs, PERMAI, IMWIP, KMKJ, BAKSIS,MUTIARA, PUTRA dan HALUAN SISWA JORDAN bertemakan Diari Suara Anak Merdeka(Dr.SAM). Program ini telah diadakan pada 29-30 November 2013 (Jumaat dan Sabtu) di Dewan Kindi, Universiti Yarmouk yang dirasmikan oleh Duta Besar Malaysia ke Jordan, TYT Dato' Abdul Malek bin Abdul Aziz.



             Selain menyampaikan maklumat berkenaan kerjaya undang-undang, Kelab Peguam Muda Jordan (KPMJ) dengan kerjasama Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) telah mengadakan program yang mengupas  dengan lebih lanjut mengenai sejarah NATRAH atau MARIA nama Belandanya,  serta kesannya kepada sistem kehakiman di MALAYSIA.

Gadis berketurunan Belanda ini telah dipelihara oleh sebuah keluarga Muslim dan diberikan nama Natrah. Tiada seorang yang terfikir bahawa hasrat murni ini akhirnya menimbulkan isu sentimen agama yang membawa kepada rusuhan apabila ibu bapanya menjumpai Maria pada tahun 1949 dan mahu menuntut kembali anaknya daripada Che Aminah.




Seterusnya, program kali ini membawakan pengenalan tentang peribadi Profesor Emeritus Tan Sri Ahmad bin Mohamed Ibrahim merupakan tokoh undang-undang Islam di Malaysia dan diiktiraf sebagai bapa undang-undang Malaysia. Beliau menjadi peguambela semasa perbicaraan Natrah yang hendak dimurtadkan di Singapura pada tahun 1950.  Ahmad Ibrahim juga berjaya memisahkan kuasa mahkamah sivil dengan mahkamah syariah melalui pindaan Perlembagaan Persekutuan Perkara 121 (1A) pada 1988.



         Secara keseluruhannya, program berjalan dengan lancar dan teratur seperti yang dirancang. Kerjasama antara AJK tidak kira bidang tugas juga membantu perjalanan program yang baik dan efisien. Tahniah diucapkan kepada semua team pelaksana program Dr.SAM yang diketuai oleh saudara Asrol Nizam bin Yusof dan Saudari Nur Syairah Safiah binti Jamalulil. yang bertungkus lumus memastikan program kali ini berjalan dengan lancar. 


Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Gatal gilo nmpk pompuan tepi asrol nizam, dah tunang nga pompuan lain kot , tapi perasaan nga org lain,, pompuan mana entah tunang dia tu ,

    April 4, 2015 at 12:27 AM

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Syarat Minimum Peguam Syarie Mengikut Negeri

Info tentang Diploma Perundangan