Mut Syariah

27 Ogos 2016 - Satu perjumpaan telah dilaksanakan antara peserta di pihak Peguambela Mut Syariah Lancer V.
Perjumpaan ini yang berlangsung di Amman telah dihadiri oleh 2 orang peserta dan Setiausaha Kehormat 1 KPMJ. Melalui perbincangan tersebut, para peserta telah menyusun gerak kerja dan kajian untuk kes yang telah diberikan oleh pihak PPMM.
Peserta yang lain ada yang terlibat dengan Summer Pre-Chambering di Malaysia anjuran PPMM dengan kerjasama KPMJ dan KPMM.
30 Ogos 2016 - Telah berlangsung perjumpaan Jurulatih Mut Syariah Lancer V di Irbid.
Melalui perjumpaan ini, Jurulatih telah membincangkan dan meneliti soalan Kes yang telah diberi oleh PPMM seterusnya merangka gerak kerja dan kajian yang perlu dilakukan oleh peserta.
Perjumpaan tersebut turut dihadiri oleh Setiausaha Kehormat 1 KPMJ sebagai wakil pimpinan.
Moga Allah permudahkan segala urusan kita semua dan Allah sentiasa berkati dan Redhai segala amal kerja buat kita.

"Mendukung Syariah, Menegak Keadilan"

Comments

Popular posts from this blog

Info tentang Diploma Perundangan

Syarat Minimum Peguam Syarie Mengikut Negeri