Sejarah Penubuhan KPMJ

Sejarah Penubuhan KPMJ 


1) Kelab Peguam Muda Jordan (KPMJ) ditubuhkan pada 19 Julai 2011, hasil cetusan idea Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Dato' Zainul Rijal bin Abu Bakar.

2) Penubuhan KPMJ telah dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Jamil Khir Baharom di Amman, Jordan.

3) Objektif penubuhan KPMJ adalah sebagai medium pendedahan ilmu guaman, perundangan, perlembagaan dan karier guaman serta latihan undang-undang bagi membentuk pelapis institusi guaman dan mahkamah syariah pada masa akan datang.

4) Merupakan suatu medium bagi mahasiswa Jordan untuk membina karakter dan potensi ke arah melahirkan tenaga profesional berdasarkan perkongsian pintar melalui modul-modul yang tersusun.

5) Dua badan yang menjadi penaung utama KPMJ ialah :
      i) Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM).
      ii) Education Malaysia Jordan (EMJ).

 

Comments

Popular posts from this blog

Info tentang Diploma Perundangan

Syarat Minimum Peguam Syarie Mengikut Negeri