Program Pintar & Summer Pre Chambering Kelab Peguam Muda MPPMJ



Alhamdulillah, Syukur kehadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya, Kelab Peguam Muda Jordan-MPPMJ melangkah setapak lagi dengan lahirnya sebuah program yang bercorak latihan dalam qamar (chambering).

Insha ALLAH, satu taklimat khas akan diadakan disetiap mantiqah masing-masing bagi memberi penjelasan berkaitan:

I ) Program Pintar (dahulunya dikenali sebagai Program Tajaan Biasiswa DSLP)
  • Dijangka bulan Oktober 2012
II) Summer Pre-Chambering ( SPC)
  • Dijangka bulan Jun atau Julai 2012 (cuti musim panas)


Program Pintar (dahulunya dikenali sebagai Program Tajaan Biasiswa DSLP- 2nd intake)


Pengenalan

Program Pintar PEGUAM MUDA adalah cetusan idea Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) bertitik tolak dari kesedaran yang bangkit setelah melihat peluang  keemasan yang dimiliki oleh mahasiswa/wi di Jordan yang boleh dibentuk untuk menjadi Peguam Syarie pelapis di masa akan datang. Ini adalah satu medium untuk semua firma guaman melaksanakan  tanggungjawab  ke arah melahirkan tenaga professional berdasarkan kepada perkongsian pintar. Kelab Peguam Muda Jordan telah dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Dato’ Seri Jamil Khir Baharom di Amman, Jordan pada 19 Julai 2011.

Bagaimana ?

  • CALON DITEMUDUGA
  • CALON TAMAT IJAZAH PERTAMA
  • CALON MENDAFTAR DI FIRMA
  • FIRMA MENAJA DSLP DALAM LATIHAN
  • CALON DILANTIK PEGUAM SYARIE
  • CALON BERKHIDMAT DENGAN FIRMA

Calon Ditemuduga Dan Dipilih

Proses menemuduga calon yang sesuai akan dilakukan bagi memilih kriteria yang diperlukan oleh firma. Program ini dijangka dilaksanakan pada Oktober 2012 di Mafraq, Jordan dan dibeberapa buah tempat lain disekitanya yang telah ditentukan.

Calon Dilatih Dan Belajar

Calon-calon yang telah dipilih akan melapor diri di firma dan berlatih di dalam kamar dan dalam masa yang sama akan menghabiskan DSLP dibiayai sepenuhnya oleh firma terbabit.

Calon Berkhidmat Dengan firma

Setelah calon-calon telah diterima masuk sebagai Peguam Syarie oleh mana-mana negeri, calon ini akan terus berkhidmat dengan firma berkenaan dalam tempoh tertentu mengikut perjanjian dengan firma.

Rasional

Terdapat lebih kurang 1,800 mahasiswa/wi sedang menuntut dalam pelbagai bidang di Jordan termasuklah yang mengikuti kursus Fiqh dan Usul yang mahir dalam bahasa Arab dan pakar dalam menekuni kitab-kitab thurath dan muasrah.Kepakaran ini harus dimanfaatkan oleh semua firma-firma dan penyelidikan undang-undang Islam termasuklah penyediaan hujah yang lebih bermutu. Majikan juga tidak perlu gusar akan kehilangan peguam pada tempoh tertentu.

Fakta

Majoriti mahasiswa/wi lepasan Timur Tengah termasuklah Jordan selepas pulang ke tanahair mengalami masalah peluang dalam pasaran pekerjaan, hampir kebanyakkan dari mereka akan berkhidmat sebagai guru agama. Mereka harus didedahkan dengan kerjaya professional Peguam Syarie agar kepakaran dan ilmu mereka dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Nota 1: Pelajar yang telah ditemuduga pada sessi pengambilan pertama (2011) tidak perlu memohon lagi melainkan yang gagal. Nanti kami akan senaraikan nama yang gagal.


Summer Pre-Chambering ( SPC)

Pengenalan

Summer Pre-Chambering merupakan program latihan yang diadakan bagi menggalakkan para pelajar ke arah persiapan mental dan fizikal sebelum melibatkan diri ke alam kerjaya. Pengalaman dan pendedahan amali yang bakal diperolehi sepanjang tempoh program diharapkan dapat membantu pelajar memahami beberapa aspek teori dan konsep yang terdapat dalam subjek-subjek berkaitan yang dipelajari sebelum ini.
Bagi menjamin kelancaran program Summer Pre-Chambering, selepas ini akan disebut sebagai  (SPC), Kelab Peguam Muda Jordan telah menyediakan modul bagi program SPC sebagai garis panduan kepada pihak-pihak yang berkaitan, terutama para pelajar dalam  memenuhi segala keperluan dan peraturan yang telah digariskan. Modul ini juga bertujuan memudahkan penyelarasan dilaksanakan dengan pihak-pihak luar yang berkaitan secara langsung dengan Summer Pre-Chambering ini seperti firma-firma guaman.

Objektif Program

  • Memperolehi pengalaman berkerja dalam bidang yang berkaitan.
  • Mendedahkan para pelajar kepada fungsi dan operasi firma guaman Syarie
  • Pendedahan kepada pelajar mengenai aspek pentadbiran dan perundangan di firma guaman Syarie.
  • Memberi pendedahan teori dan amali kepada pelajar mengenai pentadbiran firma guaman Syarie.
  • Memperkenalkan kepada pelajar kaedah pengendalian masalah di firma guaman Syarie.
  • Memberi motivasi kepada pelajar untuk mendalami dan menguasai bidang berkaita,
  • Persediaan awal ke alam kerjaya yang berkaitan.

Syarat-Syarat Penyertaan

Telah mempelajari subjek-subjek berikut:
  •  Fiqh Ahwal Sakhsiah Zawaj/Talak
  •  Fiqh Mirath
  •  Fiqh Qada’ wa Turuq Isbath
  •  Maqasid Syariah

Tempoh

Tempoh Program adalah selama satu bulan atau empat minggu yang dilakukan pada masa cuti musim panas (Jun/July/Ogos).

Tempat

Di Firma guaman Syarie disekitar Lembah Klang, Mahkamah Syariah Selangor, Perak, dan Terengganu (setakat yang telah dipersetujui oleh Hakim-hakim Mahkamah).

Prosedur

  • Pelajar yang terlibat dan layak mengikuti program perlu menghadirkan diri ke taklimat awal program pada tarikh yang ditetapkan.

  • Pelajar perlu mengisi borang permohonan program yang disediakan oleh pihak Kelab Peguam Muda Jordan berserta tempat program yang dicadangkan.
(Sekiranya di Lembah Kelang, firma guaman yang hampir dengan kediaman pelajar akan cuba ditempatkan).
  • Pelajar akan mengetahui tempat program setelah mendapat pengesahan dan maklumbalas tempat program daripada penyelaras.

  • Taklimat terakhir program akan diberikan sekurang-kurangnya tiga minggu sebelum tarikh program bermula.

  • Program akan berjalan selama satu bulan sahaja.

  • Pelajar perlu mengisi buku log harian yang perlu ditandatangani oleh mana-mana pegawai di tempat program setiap hari sepanjang tempoh program latihan.

  • Pihak penyelaras boleh membuat sebarang lawatan sebarang program latihan dijalankan tetapi, pelajar-pelajar diingatkan supaya sentiasa menunjukkan tingkah-laku yang baik dan memberikan komitmen yang tinggi sepanjang program.

  • Pegawai di tempat latihan yang berkaitan akan mengisi Borang Penilaian Prestasi Latihan dan menyerahkannya kepada pelajar pada hari terakhir latihan.

  • Pelajar-pelajar dikehendaki mengikut etika dan jadual serta masa kerja yang ditetapkan oleh pegawai di tempat latihan sama seperti kakitangan-kakitangan yang lain.

  • Pelajar-pelajar dikehendaki menyediakan laporan program mengikut format yang telah ditetapkan setelah tamat latihan dan menyerahkannya kepada penyelaras selewat-lewatnya seminggu setelah semester pengajian seterusnya dimulakan.

  • Pelajar-pelajar yang gagal memenuhi dan melengkapkan keperluan latihan tidak akan diberikan sebarang sijil penyertaan program latihan.

  • Elaun adalah terpulang kepada budi bicara firma.


Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada kami. 

Comments

Popular posts from this blog

Syarat Minimum Peguam Syarie Mengikut Negeri

Info tentang Diploma Perundangan