Agama dan Perundangan

Berita ini dikongsikan oleh Saudara Muhammad bin Abdullah, mantan Presiden KPMJ sesi 2013/2014 

Dua kes penting yang akan didengarkan esok :
1) Permohonan menjadi peguam syarie oleh peguam non-muslim.
2) Kes transgender.
Doakan yang terbaik. Moga baik-baik sahaja.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/mahkamah-persekutuan-dengar-dua-kes-penting-khamis-69546
Peguam yang mewakili Mahkamah Syariah mestilah beragama Islam kerana Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang yang menganut Islam.

Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan berhujah Seksyen 59(1) AktaPentadbiran Undang-undang Isla
m (Wilayah Persekutuan) 1993 menyatakan mana-mana individu boleh diterima masuk sebagai peguam syarie jika lelaki atau wanita itu mempunyai kelayakan dalam Undang-undang Islam.

Shamsul yang mewakili Jabatan Peguam Negara (AGC) berhujah di bawah seksyen itu, kuasa budi bicara yang diberi kepada majlis agama untuk menerima masuk mana-mana individu yang mempunyai pengetahuan mendalam mengenai Undang-undang Islam sebagai peguam syarie.

"Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang yang menganut agama Islam. Sehubungan itu, individu yang hadir di hadapan Mahkamah Syariah juga perlu tertakluk dalam bidang kuasanya."


"Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Comments

Popular posts from this blog

Info tentang Diploma Perundangan

Syarat Minimum Peguam Syarie Mengikut Negeri