Ramai di kalangan kita mengetahui akan wujudnya undang-undang Syariah di negara kita yang pada dasarnya dijalankan prosidingnya oleh Mahkamah Syariah. Namun ramai yang menyangka bahawa undang-undang Syariah itu hanya bersangkutan dengan perkara-perkara Munakahat semata-mata iaitu nikah-kahwin, cerai-rujuk, hak-hak barkaitan selepas perceraian untuk orang-orang Islam dan tidak lebih dari itu.
Oleh: Hatim Shauki Penubuhan Mahkamah Syariah adalah khusus untuk membicarakan pertelingkahan atau perbalahan antara umat Islam berlandaskan Hukum Syarak yang bertunjangkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah. Untuk itu, Undang-undang syariah ataupun hukum Islam diadakan adalah untuk mengawal segala perbuatan yang dilakukan oleh orang Islam bagi menjaga kesucian Islam itu sendiri. Mahkamah Syariah telah diberikan keistemewaannya yang tersendiri apabila pada tahun 1988 pindaan Perlembagaan yang mana Perkara 121 (A) telah memperuntukkan bahawa Mahkamah Sivil tidak boleh atau campurtangan terhadap keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Syariah. [1]
Kelab Peguam Muda Jordan 1) Pengenalan Kelab Peguam Muda Jordan (KPMJ) ditubuhkan pada 19 Julai 2011 hasil cetusan idea Saudara Muhammad Shafiq Mukhtar Presiden Persatuan KPMJ yang dipersetujui oleh Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Dato' Zainul Rijal Bin Abu Bakar dan telah dirasmikan penubuhannya oleh YAB Dato' Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri di Amman, Jordan. Objektif awal penubuhan kelab ini adalah lebih kepada berorientasikan kepada karier guaman dan latihan undang-undang bagi membentuk pelapis institusi guaman dan mahkamah syariah Malaysia pada masa akan datang serta memberi input tentang isu perundangan semasa. Ini adalah satu medium untuk Mahasiswa Jordan membina karakter dan potensi ke arah melahirkan tenaga profesional berdasarkan kepada perkongsian pintar melalui modul-modul tersusun. Dua institusi yang menjadi penaung utama kepada kelab ini adalah Persatuan Peguam Muslim Malaysia dan Education Malaysia Jordan.
Comments
Post a Comment