Slot Tahukah Anda?




Slot kali ini pula dikongsikan oleh Saudara Muhamad Zulfadli B. Zulkifli Hassan, Exco Kepimpinan & Latihan Guaman.


[ SULH ]
Pendahuluan
Panduan ringkas ini dikeluarkan bagi menerangkan secara ringkas berkenaan konsep pelaksanaan sulh yang telah diperkenalkan di dalam Undang-undang Keluarga Islam di negeri-negeri melalui Kaedah Sulh Mahkamah Syariah.
2. Pengertian Sulh
Al-Sulh di dalam bahasa Arab bererti `putus pertengkaran’ yang
membawa maksud kompromi manakala pengertian syarak membawa maksud suatu perjanjian yang dimeterai bagi menyelesaikan perselisihan / pertikaian di antara pihak-pihak yang beragama Islam. Di dalam amalan perundangan sivil ianya disebut mediation. Dengan kata lain, para ulama fiqh mentakrifkan al-Sulh sebagai satu ikatan perjanjian atau kontrak bersama untuk mencapai kompromi perdamaian antara dua atau lebih pihak yang berselisih faham / bertikai. Amalan sulh juga telah diamalkan di dalam bidang mu’amalat Islam.
3. Al-Sulh Dari Sudut Perundangan ISLAM
Dari sudut perundangan Islam, Al-Sulh antara sesama manusia adalah sunat. Dengan demikian, tidaklah ditegah bagi seorang hakim menganjurkan sulh kepada pihak-pihak yang terlibat. Hakim boleh menggalakkan mereka supaya melakukan sulh sekiranya ada dari pihak-pihak terlibat belum mengetahui perkara atau hak sebenar.
Sulh merupakan suatu anjuran yang telah diperundangkan melalui Al-Qur’an, Al-Sunnah dan Ijma’.

Di dalam Al-Qur’an di dalam ayat 128 Surah An-Nisa’ yang membawa maksud : “…..sulh adalah satu perkara yang baik. “
Ayat ini adalah berasal daripada satu ayat panjang yang berkaitan dengan perundangan sulh atau perdamaian antara suami isteri. Terjemahan ayat tersebut adalah seperti berikut :-
Dan jika seorang wanita khuatir akan nusyuz atau sikap tidak acuh daripada suaminya, maka tidak mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenarnya dan perdamaian itu adalah baik…
[Ayat 128 Surah an-Nisa’ ]

Manakala di dalam al-Sunnah sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
"Perdamaian ( sulh ) atau kompromi adalah perkara harus antara orang-orang Islam, kecuali sulh untuk
menghalalkan perkara haram atau mengharamkan perkara halal. “
Hadith riwayat Ibn Hibban.
Dalam Ijma’, para ulama sepakat memperundangkan sulh ini memandangkan kebanyakan kontrak ada faedahnya termasuklah menyelesaikan perselisihan dan pertelingkahan suami isteri.
4. Tatacara Pelaksanaan Sulh Di Mahkamah Syariah
Pelaksanaan prosiding sulh bermula apabila Mahkamah menerima setiap permohonan di bawah bidangkuasa mal seperti permohonan cerai atau sesuatu tuntutan akibat perceraian seperti nafkah eddah, nafkah anak dan hak jagaan anak di antara pihak suami dan isteri atau golongan yang mempunyai pertalian sekitarnya.
Sumber : http://www.esyariah.gov.my/…/Portal%20E-Syariah%20Pengendal…

"Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Comments

Popular posts from this blog

Syarat Minimum Peguam Syarie Mengikut Negeri

Info tentang Diploma Perundangan