Nukilan ALUMNI KPMJ di akhbar tempatan





Beliau ialah Saudara Muhammad Syafiq, Presiden KPMJ yang pertama."Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"
Perkahwinan seharusnya menjanjikan ketenangan, kasih sayang dan belas ihsan sesama manusia. Sebuah perkahwinan itu tambah lebih bermakna dengan kehadiran anak yang pastinya menceriakan kehidupan berkeluarga sekali gus menjadi pemangkin ikatan kasih sayang ibu bapa dan anak. Anak bukan sahaja penyeri dan simbol kasih sayang suami isteri, bahkan aset bernilai untuk kehidupan mendatang (negeri akhirat). Mendepani kehidupan penuh pancaroba, anak harus dibekalkan dengan didikan sempurna. Selain didikan daripada ibu bapa, aspek material juga perlu diberi penekanan serius kerana anak bergantung harap pada ibu bapa. Kelengkapan asas kehidupan, keperluan persekolahan dan perubatan perlu dititikberatkan selain kefahaman berkaitan agama dengan meyakini Islam sebagai satu cara hidup sempurna. Apabila sempurna keperluan spiritual dan material, lengkaplah tanggungjawab ibu bapa memenuhi nafkah digariskan Islam. 

Indahnya Islam 

Andai berlaku perpisahan atau perceraian, nafkah anak tidak boleh diabaikan. Abu Zahrah, dalam Al Ahwal al Syaksiyyah menyatakan, kanak-kanak mempunyai tiga hak utama iaitu hak dipelihara, hak ke atas dirinya yang tertanggung ke atas walinya dan hak untuk memiliki harta. Seksyen 72 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 menyatakan, "Adalah menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya dengan mengadakan tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran sebagaimana yang munasabah berdasarkan kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar kosnya."
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/98187

Comments

Popular posts from this blog

Syarat Minimum Peguam Syarie Mengikut Negeri

Info tentang Diploma Perundangan