Slot Tahukah Anda?

Etika Berada Di Mahkamah.
Arahan dan Larangan Masuk dan Keluar Dewan Mahkamah Syariah Bagi Pelanggan atau Orang Awam.

A. ARAHAN
-Hormat
Hendaklah hormat kepada Y.A. Tuan Hakim ketika masuk dan keluar Dewan dengan berhenti dan tunduk menghadap Y.A. Tuan Hakim.
-Tempat Duduk
Lelaki : Kerusi sebelah kanan
Perempuan : Kerusi sebelah kiri
*Tertakluk kepada kesesuaian lokasi dan arahan
-Senyap
Ketika Mahkamah bersidang hendaklah senyap
-Pakaian

Lelaki : Pakaian sopan/ tertib dan menutup aurat
Perempuan : Pakaian sopan/ tertib, memakai tudung dan menutup aurat

B. LARANGAN
-Pakaian
Lelaki : Baju-T, seluar pendek, jeans, rambut panjang melebihi paras bahu, selipar, topi adalah tidak dibenarkan
Perempuan : Baju-T, baju/ seluar pendek, mini skirt, baju/ kain/ seluar ketat, jeans, selipar, topi, berselendang/ bertudung yang menampakkan rambut adalah tidak dibenarkan
-Menghisap rokok
-Kanak-kanak di bawah umur 7 tahun ke bawah kecuali dengan kebenaran Mahkamah
-Bersembang/ buat bising
-Membawa senjata api/ tajam dan lain-lain yang boleh mengakibatkan kecederaan
-Membaca akhbar/ majalah dan lain-lain
-Bersilang kaki/ berpeluk tubuh
-Makan dan minum
-Penggunaan telefon bimbit/ telefon mudahalih
-Mengambil dan merakam apa-apa dalam Dewan kecuali dengan kebenaran Mahkamah
-Duduk sebangku antara lelaki dan perempuan
-Menjual dan menjaja

C. Arahan dan Larangan dalam perkara A(4) dan B(1-6) hendaklah juga dipatuhi ketika berada di luar dewan mahkamah sama ada untuk membuat pendaftaran kes dan sebagainya.

Perkongsian oleh Saudari Nur Fakhriah binti Haji Rimi, Timbalan Setiausaha Kehormat.

"Mendukung Syariah, Menegak Keadilan"

Comments

Popular posts from this blog

Tatacara (prosuder) mal di mahkamah syariah

Info tentang Diploma Perundangan

Syarat Minimum Peguam Syarie Mengikut Negeri