Posts

Forum bersama ALUMNI KPMJ!

Image
"Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

4 Objektif Utama BIGS II

Image
Bersama kami di BIGS II, 8 MEI 2015 ini, dengan tema  " Peguam Syarie, Kerjaya Berintegriti" , hanya di Mu'tah! Nantikan spreadsheet yang akan dibuka tidak lama lagi. Ayuh, sebarkan kepada teman-teman yang lain! Tempat adalah terhad !!! "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina" ::Membangun Mahasiswa M.U.S.L.I.M Kelas Pertama::

Pengenalan BIGS II

Image
Ada apa dengan BIGS ? Masih ada ruangkah bagi graduan Syariah untuk berdiri sejajar dengan bidang profesional yang lain? Sebagai pengenalan kepada bengkel kali ini, KLIK gambar untuk mengetahui secara ringkas tentang bengkel dan keperluan semasa bidang Guaman Syarie pada masa kini. " Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina " :: Membangun Mahasiswa M.U.S.L.I.M Kelas Pertama ::

Slot Tahukah Anda?

Slot kali ini dikongsikan oleh Saudari Wan Nurliyana Najwa, Exco Penyelidikan & Pembangunan Akademik. Klasifikasi undang-undang. Undang-undang boleh diklasifikasikan kepada beberapa asas : 1. Undang-undang Awam - atau dikenali sebagai undang-undang sivil adalah undang-undang ciptaan manusia yang boleh dibuat, dipinda atau dimansuhkan mengikut keperluan masyarakat. Bagi negara

Slot Tahukah Anda?

Slot kali ini dikongsikan oleh Saudara Ahmad Shauqie, Presiden KPMJ. Apakah itu Perlembagaan Persekutuan? Perlembagaan Persekutuan Malaysia "Perlembagaan" adalah dokumen yang paling penting di dalam negara kita kerana ia menentukan landasan negara kita.Perlembagaan adalah undang-undang utama negara kita.  Ini bermakna Perlembagaan menentukan siapakah yang boleh menggubal undang-undang dan menghadkan undang-undang yang boleh digubal. "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Pengalaman Menyertai SPC

Image
Teringin hendak berpraktikal macam pelajar-pelajar perubatan dan pergigian? Teringin untuk meningkatkan 'softkills' yang ada? Teringin merasai pengalaman bekerja? Makanya, SPC lah platform yang terbaik untuk anda mendapatkan semua itu.. Jom bersama kami sertai SPC! InsyaAllah banyak pengalaman yang bakal anda dapat ! Apa tunggu lagi, jom daftar sebelum pendaftaran ditutup. "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Pengalaman Menyertai SPC

Image
| Masih ragu-ragu untuk sertai SPC ? | Mereka telah membuktikan bahawa SPC sangat menarik untuk disertai oleh semua ahli KPMJ. Jadi apa tunggu lagi, hilangkan keraguan anda dan ayuh daftar SPC dengan kami. Dijamin anda tidak rugi selepas menyertai SPC! "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Bengkel Inspirasi Guaman Syarie II

Image
Assalamualaikum wbt. Kelab Peguam Muda Jordan kali ini membawakan anda sebuah program "Bengkel Inspirasi Guaman Syarie" (BIGS II) khas untuk semua ahli KPMJ di semua mantiqah. Nantikan awal Mei ini di mantiqah Mu'tah. Dengan tema "Peguam Syarie, Kerjaya Berintegriti." Ayuh bersama kami dengan slot-slot yang begitu bermanfaat dan bersama mengenali kerjaya guaman dengan lebih dekat lagi !!! "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina" ::Membangun Mahasiswa Muslim Kelas Pertama::

Pengalaman Menyertai SPC

Image
SPC bukanlah sekadar omong kosong. Ramai yang telah berjaya membuktikan bahawa dengan SPC banyak perkara baru yang berjaya mereka pelajari dan dalami. Mereka sudah, kini tiba masa untuk anda pula menyahut cabaran ini. Jom manfaatkan peluang ini! Untuk makluman,pendaftaran masih lagi dibuka sehingga 17 April 2015.. Jangan lupa untuk mendaftar! "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Pengalaman Menyertai SPC

Image
Apa pengalaman mereka menyertai SPC ? Jom daftar! Mereka sudah.. Anda bila lagi ? "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

[ Talk - Introduction to Law ]

Image
Assalamualaikum ahli KPMJ di seluruh Jordan terutama di Irbid. Dijemput hadir ke program ini untuk mengetahui serba sedikit berkenaan undang-undang. Bertempat di PUSKOM. Jam 8 malam Disampaikan oleh Wan Ahmad Fadhli bin Wan Md Hatta. Jumpa di sana! "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

FORUM "PELAKSANAAN HUDUD DAN CABARANNYA DI MALAYSIA MENGIKUT REALITI SEMASA"

Image
"APAKAH PANDANGAN ISLAM TERHADAP PENJENAYAH? MEREKA JAHAT ATAU ADAKAH SEBENARNYA MEREKA PESAKIT YANG PERLU DIRAWAT? SELAIN HUDUD YANG BERSIFAT PUNITIF, APAKAH ISLAM MEMPUNYAI SISTEM DAN PENDEKATAN YANG LAIN DALAM MENANGANI MASALAH JENAYAH?" "APAKAH KEADAAN (CIRCUMSTANCES) YANG HARUS TERLEBIH DAHULU WUJUD SEBELUM HUDUD? TERUTAMA DARI SEGI EKONOMI MASYARAKAT DAN SISTEM KEHAKIMAN". "REALITI MALAYSIA AKAN PELAKSANAAN HUDUD DALAM KERANGKAAN PERLEMBAGAAN, APAKAH KERAJAAN NEGERI BERHAK MEMPUNYAI SET UNDANG-UNDANG TERSENDIRI?" Assalamualaikum w.b.t. Kini saat yang dinanti-nantikan oleh semua mahasiswa sudah tiba. Dengan sukacitanya anjuran Kelab Peguam Muda Jordan & kerjasama Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu'tah (PERMATA) membawakan kepada anda sebuah pentas forum isu perundangan negara tanah air bertajuk ;

Current Affairs : sekitar Hudud dan Parlimen

Perjalanan untuk melihat hudud dilaksanakan di negeri Kelantan masih lagi panjang dan jauh. Beberapa akta dan fasal dalam Perlembagaan harus dipinda di Dewan Rakyat terlebih dahulu. Dua perkara yang perlu dipinda ialah Akta 355 (Akta Mahkamah Syariah) Bidang Kuasa Jenayah 1965 dan Perkara 76A (1) Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kuasa kepada negeri Kelantan melaksanakan kanun jenayah syariah itu. Untuk meminda dua akta ini hanya memerlukan sokongan “simple majority” atau 112 orang ahli parlimen bersetuju bagi membolehkan ianya diluluskan. Apakah cukup jumlah 112 untuk membolehkan undang undang itu dipinda di parlimen? Jika dilihat data semua ahli parlimen Islam yang ada dalam Dewan Rakyat,

Pendaftaran Summer Pre-Chambering (SPC) 2015!

Image
Kini saat yang dinanti oleh semua sudah tiba. Dengan sukacitanya, Kelab Peguam Muda Jordan mengumumkan pendaftaran SPC telah mula dibuka kepada semua ahli KPMJ.  Anda berpeluang menyertai praktikal di seluruh Malaysia! Pendaftaran SPC bermula pada hari ini sehingga 17 April 2015 . Borang pendaftaran pula hendaklah diserahkan selewatnya pada 24 April 2015 kepada perwakilan mantiqah masing masing. Yuran pendaftaran adalah sebanyak 5JD . Sila klik pautan di bawah untuk mendapatkan borang pendaftaran dan untuk mengetahui senarai mahkamah syariah yang terdapat di Malaysia. http://mykpmj.blogspot.com/p/muat-turun.html Jika ada sebarang kemusykilan dan persoalan bolehlah menghubungi perwakilan mantiqah masing masing untuk mendapatkan penjelasan. Amman - Fakhri Irbid - Irfan Mafraq - Shakina Mu'tah - Haziqah Ayuh semua rebut peluang ini! Kalian pasti tidak rugi sama sekali. Jom sertai kami! "Syariah diperkasa, Kredibiliti terbina."

Summer Pre-Chambering (SPC)

Image
Summer Pre-Chambering (SPC) Summer Pre-Chambering (SPC) adalah satu program yang SAMA seperti attachment kedoktoran. Malah, SPC ini juga adalah suatu latihan berpraktikal di KAMAR MAHKAMAH sebagai seorang PEGUAM bagi pelajar Jurusan Fiqh wa Usuluhu di Jordan. Ianya juga satu program PENGENALAN dan ASAS LATIHAN GUAMAN di mahkamah dan firma guaman syarie sekitar Malaysia di bawah kelolaan Kelab Peguam Muda Jordan (KPMJ) dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) . Objektif SPC Memperolehi pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan. Mendedahkan para pelajar kepada fungsi dan operasi firma guaman syarie. Pendedahan kepada pelajar mengenai aspek pentadbiran badan legislatif dan perundangan di firma guaman syarie dan mahkamah. Memberi pendedahan teori dan amali kepada pelajar mengenai prosiding perundangan syariah di firma guaman syarie. Syarat Penyertaan SPC (Syarat wajib) Ahli rasmi KPMJ dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Fiqh Wa Usuluhu. Ahli bersekutu KPMJ s...

Booth KPMJ di Karnival Permata, Mu'tah

Image
Pada 27 Februari yang lepas, KPMJ telah menyertai Karnival Permata di Mu'tah. Setinggi-tinggi  ucapan terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi berkunjung ke booth kami. Diharapkan semuanya mendapat pengetahuan dan manfaat daripada booth ini. Moga ketemu lagi di program yang mendatang. "Syariah diperkasa, Kredibiliti terbina."

Pendaftaran Ahli KPMJ

Kini saat yang dinanti oleh semua sudah tiba. Dengan sukacitanya Kelab Peguam Muda Jordan mengumumkan pendaftaran ahli baru telah mula dibuka kepada seluruh mahasiswa Jordan. Pendaftaran keahlian bermula pada hari ini sehingga 20 Februari 2015. Borang pendaftaran pula hendaklah diserahkan selewatnya pada 24 Februari 2015 kepada perwakilan mantiqah masing masing. Terbuka kepada semua tanpa mengira jurusan kalian. Ahli RASMI - Jurusan Fiqh wa Usuluhu Ahli BERSEKUTU - selain jurusan Fiqh wa Usuluhu Yuran pendaftaran adalah sebanyak 2JD. Sila klik pautan di bawah untuk mendapatkan borang pendaftaran. https://www.dropbox.com/s/ciwbgvkulhdj3no/Borangkeahlian.pdf?dl=0 Jika ada sebarang kemusykilan dan persoalan bolehlah menghubungi perwakilan mantiqah masing masing untuk mendapatkan penjelasan. Amman - Fakhri Irbid - Irfan Mafraq - Shakina Mu'tah - Haziqah Ayuh semua rebut peluang ini! Kalian pasti tidak rugi sama sekali. Jom sertai kami! "Syariah diperkasa...

Selamat Kembali ke Kampus!

Image
Kelab Peguam Muda Jordan mengucapkan selamat kembali menyambung pelajaran dan selamat memulakan sem baru kepada seluruh mahasiswa Jordan dengan azam baru serta semangat yang membara. Semoga sem ini lebih baik dari sebelumnya dan diharapkan sem ini menjanjikan kejayaan yang cemerlang buat kita semua. Selamat maju jaya! "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Salam Takziah

Image
Kelab Peguam Muda Jordan merakamkan ucapan takziah di atas pemergian seorang ulama yang disegani dan dihormati.  Moga Allah merahmati Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.  Moga Allah menempatkan rohnya bersama roh-roh orang beriman.  Damailah di kau di sana wahai pejuang Islam .  Al-fatihah.  "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Kunjungan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia di Jordan

6 Feb, Sweileh - Kelab Peguam Muda Jordan telah menerima kunjungan hormat Dato' Zainul Rijal dan keluarga sekaligus mengadakan perjumpaan ringkas bersama beliau. Banyak cadangan dan nasihat yang dilontarkan oleh beliau untuk terus menggerakkan Kelab Peguam Muda Jordan ke arah yang lebih baik.  Banyak juga isu yang dikongsikan bersama-sama.  Kami daripada KPMJ juga berbesar hati kerana Dato' sudi meluangka n masa bersama-sama walaupun sibuk dengan urusan-urusan yang lain. Makan malam khas juga turut diadakan bersama kedutaan Malaysia ke Jordan dan Education Malaysia Jordan (EMJ) sebelum beliau dan keluarga pulang ke Malaysia pada malam tadi. Semoga hubungan baik KPMJ bersama PPMM akan terus dikekalkan. "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"