FORUM "PELAKSANAAN HUDUD DAN CABARANNYA DI MALAYSIA MENGIKUT REALITI SEMASA"



"APAKAH PANDANGAN ISLAM TERHADAP PENJENAYAH? MEREKA JAHAT ATAU ADAKAH SEBENARNYA MEREKA PESAKIT YANG PERLU DIRAWAT? SELAIN HUDUD YANG BERSIFAT PUNITIF, APAKAH ISLAM MEMPUNYAI SISTEM DAN PENDEKATAN YANG LAIN DALAM MENANGANI MASALAH JENAYAH?"

"APAKAH KEADAAN (CIRCUMSTANCES) YANG HARUS TERLEBIH DAHULU WUJUD SEBELUM HUDUD? TERUTAMA DARI SEGI EKONOMI MASYARAKAT DAN SISTEM KEHAKIMAN".

"REALITI MALAYSIA AKAN PELAKSANAAN HUDUD DALAM KERANGKAAN PERLEMBAGAAN, APAKAH KERAJAAN NEGERI BERHAK MEMPUNYAI SET UNDANG-UNDANG TERSENDIRI?"

Assalamualaikum w.b.t.

Kini saat yang dinanti-nantikan oleh semua mahasiswa sudah tiba. Dengan sukacitanya anjuran Kelab Peguam Muda Jordan & kerjasama Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu'tah (PERMATA) membawakan kepada anda sebuah pentas forum isu perundangan negara tanah air bertajuk ;





[ PELAKSANAAN HUDUD DAN CABARANNYA DI MALAYSIA MENGIKUT REALITI SEMASA ]

Penampilan Istimewa :

Panel 1 - Ustaz Anhar Opir - Calon PhD. Usul Fiqh Uni. WISE
Panel 2 -  Tuan Khairul Anwar Ismail - Ketua Biro Undang- Undang Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Moderator - Ustaz Muizuddin


Hari: Sabtu (28/3/2015)
Masa: 6.30 p.m ( selepas maghrib )
Tempat: Puskma Permata, Mu'tah.


Ayuh kita hadirkan diri untuk sama-sama memahami dan cakna akan isu perundangan negara tanah air! Sediakan soalan dan pandangan anda.

"Syariah diperkasa, Kredibiliti terbina."
::Membangun Mahasiswa M.U.S.L.I.M Kelas Pertama::

Comments

Popular posts from this blog

Tatacara (prosuder) mal di mahkamah syariah

Info tentang Diploma Perundangan

Syarat Minimum Peguam Syarie Mengikut Negeri