Kunjungan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia di Jordan

6 Feb, Sweileh - Kelab Peguam Muda Jordan telah menerima kunjungan hormat Dato' Zainul Rijal dan keluarga sekaligus mengadakan perjumpaan ringkas bersama beliau.
Banyak cadangan dan nasihat yang dilontarkan oleh beliau untuk terus menggerakkan Kelab Peguam Muda Jordan ke arah yang lebih baik.  Banyak juga isu yang dikongsikan bersama-sama.  Kami daripada KPMJ juga berbesar hati kerana Dato' sudi meluangkan masa bersama-sama walaupun sibuk dengan urusan-urusan yang lain.
Makan malam khas juga turut diadakan bersama kedutaan Malaysia ke Jordan dan Education Malaysia Jordan (EMJ) sebelum beliau dan keluarga pulang ke Malaysia pada malam tadi.
Semoga hubungan baik KPMJ bersama PPMM akan terus dikekalkan.
"Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Comments

Popular posts from this blog

Info tentang Diploma Perundangan

Syarat Minimum Peguam Syarie Mengikut Negeri