Ramai di kalangan kita mengetahui akan wujudnya undang-undang Syariah di negara kita yang pada dasarnya dijalankan prosidingnya oleh Mahkamah Syariah. Namun ramai yang menyangka bahawa undang-undang Syariah itu hanya bersangkutan dengan perkara-perkara Munakahat semata-mata iaitu nikah-kahwin, cerai-rujuk, hak-hak barkaitan selepas perceraian untuk orang-orang Islam dan tidak lebih dari itu.
Oleh: Hatim Shauki Penubuhan Mahkamah Syariah adalah khusus untuk membicarakan pertelingkahan atau perbalahan antara umat Islam berlandaskan Hukum Syarak yang bertunjangkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah. Untuk itu, Undang-undang syariah ataupun hukum Islam diadakan adalah untuk mengawal segala perbuatan yang dilakukan oleh orang Islam bagi menjaga kesucian Islam itu sendiri. Mahkamah Syariah telah diberikan keistemewaannya yang tersendiri apabila pada tahun 1988 pindaan Perlembagaan yang mana Perkara 121 (A) telah memperuntukkan bahawa Mahkamah Sivil tidak boleh atau campurtangan terhadap keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Syariah. [1]
Perlis / Kelantan : Ijazah Syariah. Kedah : Ijazah dan Sijil Negeri lain. Pulau Pinang : Ijazah Syariah, DAIJ/DIJAP, dan Sijil. Perak : Ijazah Syariah dan DAIJ/DIJAP Wilayah : Ijazah Sarjana dan DAIJ/DIJAP Sarawak : Ijazah Sarjana Selangor : Ijazah Sarjana, DAIJ/DIJAP, dan Latihan dalam Kamar Negeri Sembilan / Melaka / Terengganu : Ijazah Sarjana dan DAIJ/DIJAP "Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"
Comments
Post a Comment