Summer Pre-Chambering (SPC)



Summer Pre-Chambering (SPC)

Summer Pre-Chambering (SPC) adalah satu program yang SAMA seperti attachment kedoktoran. Malah, SPC ini juga adalah suatu latihan berpraktikal di KAMAR MAHKAMAH sebagai seorang PEGUAM bagi pelajar Jurusan Fiqh wa Usuluhu di Jordan.

Ianya juga satu program PENGENALAN dan ASAS LATIHAN GUAMAN di mahkamah dan firma guaman syarie sekitar Malaysia di bawah kelolaan Kelab Peguam Muda Jordan (KPMJ) dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM)
.

Objektif SPC

  1. Memperolehi pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan.
  2. Mendedahkan para pelajar kepada fungsi dan operasi firma guaman syarie.
  3. Pendedahan kepada pelajar mengenai aspek pentadbiran badan legislatif dan perundangan di firma guaman syarie dan mahkamah.
  4. Memberi pendedahan teori dan amali kepada pelajar mengenai prosiding perundangan syariah di firma guaman syarie.

Syarat Penyertaan SPC


(Syarat wajib)
Ahli rasmi KPMJ dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Fiqh Wa Usuluhu.
Ahli bersekutu KPMJ selain bidang Ijazah Sarjana Muda Fiqh wa Usuluhu.

**(Syarat Tambahan)

Telah mempelajari subjek-subjek berikut :

  1. Fiqh Ahwal Syaksiah Zawaj/Talaq
  2. Fiqh Mirath
  3. Fiqh Qada’ wa Turuq Isbath
  4. Madkhal Tasyrik

    (**) ini adalah syarat tambahan atau syarat yang digalakkan bagi memudahkan pelajar itu sendiri semasa berpraktikal kelak.

Tempoh SPC

Tempoh Program adalah selama TIGA MINGGU yang dilakukan pada masa cuti musim panas (Julai/September).

Kelebihan Menyertai SPC


  1. Dapat mengetahui selok-belok bagaimana prosiding mahkamah berjalan secara langsung. 
  2. Mempelajari cara-cara menyediakan pleading & dokumen yg diperlukan di mahkamah. 
  3. Mendedahkan pelajar timur tengah dalam bidang Fiqh wa Usuluhu dengan teori undang-undang Malaysia dan juga cara mempraktikalkannya. 
  4. Sedikit sebanyak memberi pencerahan dan pendedahan tentang kerjaya kepeguaman sebelum terjun ke bidang tersebut.
  5. Berpeluang menziarahi ke Parlimen Malaysia.
  6. Mendapat sijil penyertaan yang diiktiraf oleh pihak PPMM.

Cara Menyertai SPC


  1. Pemohon perlu mengisi borang permohonan program yang disediakan oleh pihak KPMJ. Peserta akan ditempatkan di Mahkamah atau Firma terdekat berdasarkan alamat penempatan yang diisi oleh pemohon di dalam borang permohonan (kecuali Sabah dan Sarawak).
  2. Taklimat terakhir program akan diberikan kepada seluruh pemohon sebelum program bermula.
  3. Peserta perlu mengikuti peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Mahkamah atau Firma dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) sepanjang tempoh chambering, seperti mengisi buku log laporan amali.
  4. Prestasi peserta akan dinilai oleh penyelia yg ditetapkan oleh PPMM sebagai syarat untuk menerima sijil latihan PPMM.
  5. Pemohon akan diberikan sijil sekiranya mencapai piawaian yang ditetapkan oleh penyelia dan PPMM.
  6. Setiap Peserta WAJIB megikuti kursus akhir latihan di akhir program yang dijangka selama 3 hari sebagai syarat ‘graduasi’ SPC
  7. Elaun terpulang kepada budi bicara Firma dan Mahkamah untuk diberikan.

Adakah dikenakan bayaran?

Ya, yuran SPC adalah 5JD sahaja.

Sebarang Pertanyaan dan kemusykilan, boleh terus berhubung dengan KPMJ. http://www.facebook.com/mykpmj atau http://mykpmj.blogspot.com/

Atau

PANGGILAN

Saudari Wan Nurliyana Najwa  : 078-9861769 (Penyelaras SPC sesi 15/16)  
WHATSAPP +6019-5501564

Borang Penyertaan boleh diserahkan kepada Sekretariat Perhubungan Domestik KPMJ bermula 23 Mac-17 April 2015.

Irbid – Irfan 077-7247696
Mu’tah – Haziqah 077-5480741
Mafraq – Shakina  077-8137196
Amman - Fakhri 077-5344312


:: Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina ::

Popular posts from this blog

Syarat Minimum Peguam Syarie Mengikut Negeri

Info tentang Diploma Perundangan