Slot Tahukah Anda?

Slot kali ini dikongsikan oleh Saudari Wan Nurliyana Najwa, Exco Penyelidikan & Pembangunan Akademik.

Klasifikasi undang-undang.
Undang-undang boleh diklasifikasikan kepada beberapa asas :

1. Undang-undang Awam
- atau dikenali sebagai undang-undang sivil adalah undang-undang ciptaan manusia yang boleh dibuat, dipinda atau dimansuhkan mengikut keperluan masyarakat. Bagi negara
Malaysia, ianya dipanggil undang-undang Malaysia.
2. Undang-undang Syariah
- Undang-undang berpandukan kepada alquran dan hadis. Undang-undang syariah juga adalah undang-undang ciptaan manusia yang dibuat berpandukan kepada alquran dan hadis. Terdapat didalamnya, undang-undang tidak boleh dipinda atau dimansuhkan seperti "seksaan" atau "hudud" bagi kesalahan-kesalahan yang melibatkan "hudud".
3. Undang-undang Antarabangsa
4. Undang-undang persendirian dan lain-lain
- Dalam Undang-undang Malaysia memakai perkataan "akta", manakala dalam undang-undang syariah memakai perkataan "enakmen".

"Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Comments

Popular posts from this blog

Tatacara (prosuder) mal di mahkamah syariah

Info tentang Diploma Perundangan

Syarat Minimum Peguam Syarie Mengikut Negeri