Current Affairs : sekitar Hudud dan Parlimen

Perjalanan untuk melihat hudud dilaksanakan di negeri Kelantan masih lagi panjang dan jauh. Beberapa akta dan fasal dalam Perlembagaan harus dipinda di Dewan Rakyat terlebih dahulu.
Dua perkara yang perlu dipinda ialah Akta 355 (Akta Mahkamah Syariah) Bidang Kuasa Jenayah 1965 dan Perkara 76A (1) Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kuasa kepada negeri Kelantan melaksanakan kanun jenayah syariah itu.
Untuk meminda dua akta ini hanya memerlukan sokongan “simple majority” atau 112 orang ahli parlimen bersetuju bagi membolehkan ianya diluluskan.
Apakah cukup jumlah 112 untuk membolehkan undang undang itu dipinda di parlimen?
Jika dilihat data semua ahli parlimen Islam yang ada dalam Dewan Rakyat,
jumlahnya adalah 136 orang secara keseluruhan.
136 orang ahli parlimen Islam itu merangkumi :
1) Ahli parlimen UMNO – 87 orang
2) Ahli parlimen PBB – 10 orang
3) Ahli parlimen Bebas, Khalid Ibrahim – 1 orang
4) Ahl parlimen PAS – 21 orang
5) Ahli parlimen PKR – 15 orang
(tidak termasuk Anwar Ibrahim yang sudah berada di penjara)
6) Ahli parlimen DAP – 2 orang
( Ariff Sabri, Raub dan Zairil, Bukit Bendera)
Siapa ahli parlimen Islam yang dijangka tidak akan undi hudud di parlimen?
Dalam jumlah 136 orang ini, disyaki ada 7 orang ahli parlimen PAS adalah condong kepada PasMa. Mereka yang condong kepada PasMa ini sudah tentu tidak akan mengundi untuk bersetuju dengan pindaan dua akta tersebut bagi meluluskan hudud di Kelantan. Mereka ini juga adalah kalangan yang bersetuju agar kalimah Allah SWT digunakan oleh orang bukan Islam.
2 orang ahli parlimen DAP iaitu Ariff Sabri dan Zairil sudah tentu tidak akan mengundi untuk menyokong hudud. Sementara itu, kesemua 15 ahli parlimen PKR juga dijangka tidak akan mengundi untuk menyokong hudud diluluskan di parlimen.
Sementara itu, tiada arahan khusus diterima ahli Parlimen BN termasuk UMNO sama ada untuk menyokong atau menolak rang undang-undang hudud yang akan dibawa oleh Pas, kata Pengerusi BNBBC, Tan Sri Shahrir Abdul Samad. Ahli Parlimen Johor Bahru itu menyatakan MP BN akan mengundi berteraskan suara hati mereka kerana isu berkenaan melibatkan soal akidah.
Seorang ahli Parlimen UMNO iaitu MP Pulai Datuk Nur Jazlan telah menyatakan bukan masanya laksanakan hudud. Mungkin terdapat beberapa orang lagi MP UMNO berfahaman liberal dan kurang didikan agama Tidak akan menyokong hudud.
Jika semua ini dijumlahkan (7 orang Pasma + 2 ahli parlimen DAP + 15 ahli parlimen PKR + 1 atau lebih ahli Parlimen UMNO), jumlahnya adalah 25 orang atau lebih.
Daripada jumlah asal 136 orang ahli parlimen Islam, jika 25 orang ini atau lebih dijangka tidak akan mengundi untuk hudud maka jumlah yang akan tinggal adalah 111.
Jumlah 111 ini adalah jumlah yang TIDAK CUKUP untuk meminda Akta 355 (Akta Mahkamah Syariah) Bidang Kuasa Jenayah 1965 dan Perkara 76A (1) Perlembagaan Persekutuan seterusnya membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.
Jumlah 111 itu akan menjadi semakin kecil jika ada lagi mana mana ahli Parlimen PAS turut sama condong kepada PasMa dan tidak mengundi hudud. Difahamkan daripada sejumlah 21 orang ahli parlimen PAS, hanya 7 yang baru disyaki menyokong PasMa.
Jika MP liberal UMNO dan PasMa semakin bertambah maka harapan untuk membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan tidak akan menjadi kenyataan.
Apakah ramalan angka angka ini menjadi benar bila hudud dibentangkan di Parlimen nanti? Apa sahaja kemungkinan boleh berlaku, kita nantikan bagaimana DAP mencatur strategi mengepung ahli ahli parlimen PAS dan UMNO Liberal bagi mengagalkan hudud di Kelantan.
Kredit untuk Persatuan Peguam Muslim Malaysia

Perkongsian oleh Saudara Khairy, Mantan Presiden KPMJ 2013.

"Syariah Diperkasa, Kredibiliti Terbina"

Comments

Popular posts from this blog

Info tentang Diploma Perundangan

Syarat Minimum Peguam Syarie Mengikut Negeri