Posts

COMANGO : Penerimaan Muktamad Syor Kepada Kerajaan Malaysia

20 Mac, Palais des Nasions, GENEVA -   Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menghadiri sidang penerimaan muktamad syor kepada Kerajaan Malaysia yang diberikan semasa Sidang Semakan Berjadual Sejag at hari ini yang berlangsung di Palais des Nasions, Geneva. Delegasi PPMM yang tiba lebih awal sebelum ini juga berpeluang menjalani latihan bersama Geneva International Centre for Justice bagi mendapat maklumat, input dan penjelasan tentang proses UPR, Majlis Hak Asasi Malaysia dan prosedur-prosedur yang boleh digunakan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. PPMM juga berpeluang menghadiri beberapa sidang sampingan (side events) khususnya berkaitan dengan terorisma dan menghadapi terrorisma, hak asasi Islam di Malaysia, wanita dalam konflik, Palestin dan juga beberapa sidang tidak rasmi lain.

Pencarian MH370 : Pengharaman Khidmat Bomoh

Terlebih dahulu marilah sama-sama kita menginsafi bahawa sesungguhnya kekuasaan Allah meliputi semua cipta anNya. Apabila Allah menghendaki sesuatu, maka Dia hanya memerintahkannya sahaja, begitulah hebatnya kekuasaan Allah SWT. Sebagai manusia yang diciptakan olehNya, Dia menguji kita dengan pelbagai ujian demi untuk kesempurnaan manusia itu sendiri. Allah tidak akan menguji manusia di luar kemampuannya. Dia menguji kita dengan pelbagai dugaan dalam taraf kemampuan manusia dan setelah disediakan dengan segala alat kelengkapan pada diri manusia itu sendiri. JAKIM menyelar usaha pihak-pihak yang mendapatkan khidmat bomoh dalam usaha pencarian pesawat MH370 yang secara jelas adalah bertentangan dengan Islam. Hukum mengamalkan pengubatan alternatif atau kaedah perbomohan adalah harus di dalam Islam namun mestilah tidak bertentangan dengan syarak. JAKIM telah terlebih dahulu mengeluarkan Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam untuk diteliti dan difahami oleh masyarakat dan ia boleh diakses...

Kehilangan Pesawat MH 370 BOEING 777-200

Seri Kembangan,  9 Mac -  Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM) merakamkan kedukacitaan atas kehilangan pesawat pesawat MH 370 dinihari 8 Mac lepas. PPMM berkongsi kedukacitaan ini dengan semua keluarga penumpang dan krew penerbangan tersebut dan seluruh saf pimpinan PPMM berdoa agar misteri ke hilangan pesawat ini dapat dirungkaikan dengan segera.         PPMM juga menghargai keprihatinan semua pihak yang tidak putus putus mengikuti perkembangan tragedi ini dan menitipkan doa dan harapan agar tiada perkara buruk yang berlaku. Namun PPMM menasihati khalayak awam agar tidak menyebarkan sebarang bentuk spekulasi yang tidak disahkan kebenarannya. Ini adalah bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa yang kini dalam keresahan melebihi keresahan yang kita alami. Berat mana mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

"Booth Terbaik!"

Image
Jumaat, 28 Februari 2014 ; Mu'tah Jordan - Kelab Peguam Muda Jordan (KPMJ) telah mengambil bahagian dalam Karnival anjuran Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu'tah(PERMATA) yang bertemakan 'Ilmu Permata Utama'. 

Kenyataan media PPMM dialog bersama COMANGO

Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menegaskan bahawa PPMM telah membaca dan memahami laporan yang disediakan oleh COMANGO kepada Majlis Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. PPMM mendapati bahawa terdapat beberapa tuntutan yang dikemukakan oleh COMANGO menjejaskan keluhuran Perlembagaan Persekutuan  dan kedaulatan undang-undang. Malah tuntutan tersebut juga akan memberi kesan yang besar kepada kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan serta berupaya menimbulkan keresahan dan kegusaran di dalam masyarakat Islam.

Lawatan Rasmi ke EMJ

Image
SWEIFEIH, 19 Februari - Wakil Kelab Peguam Muda Jordan(KPMJ) telah berkesempatan untuk menziarahi Prof Mohd Azidan Abdul Jabbar, Pengarah Education Malaysia Jordan serta Ustaz Kamarulzaman bin Mustappa, Pegawai Atase Pendidikan yang baru bagi membentangkan beberapa perkara yang ingin dilaksanakan kelab pada tahun ini. Banyak input dan nasihat yang diberikan kepada kami bagi melebarkan lagi sayap pada sesi kali ini. Justeru itu, pihak KPMJ dengan penuh ta'zim mengucapkan selamat datang dan bertugas kepada Ustaz Kamarulzaman. Semoga dipermudahkan segala urusan sekeluarga untuk meneruskan bakti disini. "Memartabat Syarie, Berpaksi Integriti"

Bijak Pengurusan Harta!

Image
Irbid, JORDAN - Alhamdulillah, telah berakhirnya seminar "Faraid for Dummies" pada hari ini yang telah berlangsung selama 4 hari (16-19 Januari 2014) di Irbid. Semoga input yang anda dapat sepanjang seminar ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya kepada diri and a dan masyarakat umum di luar sana. Kami di pihak penganjur memohon maaf atas segala kekurangan dan ketidaksempurnaan sepanjang seminar ini berlangsung. Sehingga kita ditemukan Allah lagi untuk program-program yang akan datang. InsyaAllah

Faraid for Dummies

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk anda! Bagaimana dengan masa cuti anda kali ini? Semoga semuanya diisi dengan perkara yang berfaedah. Amin~

LANCER II : Diari Suara Anak Merdeka

Image
             Irbid, JORDAN - Alhamdulillah dan syukur kita kepadaNya kerana dengan limpah dan kurnianNya, KPMJ sekali lagi dapat menganjurkan program LANCER dengan anjuran bersama PPMM serta kerjasama Education Malaysia Jordan(EMJ), MPMMJ, IMAPs, PERMAI, IMWIP, KMKJ, BAKSIS,MUTIARA, PUTRA dan HALUAN SISWA JORDAN bertemakan Diari Suara Anak Merdeka(Dr.SAM). P rogram ini telah diadakan pada 29-30 November 2013 (Jumaat dan Sabtu) di Dewan Kindi, Universiti Yarmouk yang dirasmikan oleh Duta Besar Malaysia ke Jordan, TYT Dato' Abdul Malek bin Abdul Aziz.

Ifthor Jamai'e: Khas Buat Ahli KPMJ

Image
Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Peguam Muda Jordan (KPMJ) akan mengadakan satu majlis berbuka puasa yang dinamakan 'Mafateh Mahabbah Ramadhan 2013 (MAHAR 13') yang akan diadakan pada 19 Julai 2013 (Jumaat). MAHAR13' merupakan program julung kali yang akan mengumpulkan semua ahli KPMJ seluruh Jordan. 

Beza antara Mahkamah (undang-undang) Sivil dan Syariah di Malaysia?

Image
Ramai di kalangan kita mengetahui akan wujudnya undang-undang Syariah di negara kita yang pada dasarnya dijalankan prosidingnya oleh Mahkamah Syariah. Namun ramai yang menyangka bahawa undang-undang Syariah itu hanya bersangkutan dengan perkara-perkara Munakahat semata-mata iaitu nikah-kahwin, cerai-rujuk, hak-hak barkaitan selepas perceraian untuk orang-orang Islam dan tidak lebih dari itu.

Pengiktirafan Haluan Siswa Jordan!

Image
Kelab Peguam Muda Jordan (KPMJ) mengucapkan Seinfiniti Tahniah kepada KELAB  HALUAN SISWA JORDAN yang telah diiktiraf oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan dan Education Malaysia Jordan.

Salam IMTIHAN NIHAIE !

Image
SALAM IMTIHAN untuk Warga Jordan yang bakal menghadapi Imtihan Nihaie (Final Exam). Doakan kejayaan untuk semua agar berjaya dunia dan akhirat InsyaAllah.

Kenyataan Rasmi PPMM Berhubung Pilihanraya Umum ke-13

Image
PERSATUAN PEGUAM PEGUAM MUSLIM MALAYSIA (PPMM) mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kerana telah diisytiharkan dan berjaya mendapat majoriti dan membentuk Kerajaan Persekutuan dan beberapa kerajaan negeri. PPMM juga ingin merakamkan tahniah juga kepada Pakata ... n Rakyat yang berjaya mendapat kerusi majoriti dan membentuk kerajaan-kerajaan negeri di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.

Isu Petisyen Pilihanraya Umum 13 (2013)

Image
Bismillah. Ramai yg bertanya tentang Petisyen Pilihanraya, saya cuba untuk menjawab dengan ringkas didalam bahasa komunikasi yg mudah utk disampaikan.

Tahniah !

Image
Ucapan Tahniah  Daripada Kelab Peguam Muda Jordan (KPMJ) Di atas Kemenangan Calon yang menang dalam PRU13 "Syariah Asas Profesionalisme"

Harus Wasiat Semua Harta Kepada Anak

Image
Soalan : Saya dan suami mempunyai empat anak dan semuanya perempuan. Ini bermakna kami tidak mempunyai waris anak lelaki. Adakah dibolehkan dalam Undang-Undang Islam bagi kami untuk mewasiatkan harta yang kami ada ketika hidup kepada semua anak kami melalui mana-mana pemegang amanah? Azizah, Kuala Lumpur.

Tugas Peguam Muslim Memartabatkan Agama

Image
UMUM mengetahui bahawa dalam setiap tindakan di Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil, peguam adalah pihak penting membantu perjalanan kes. Secara umumnya, profesion kepeguaman berpaksikan kepada minat, kesungguhan dan kecintaan kepada bidang guaman itu sendiri. Seseorang peguam wajar berusaha memiliki kualiti seperti berintegriti, sabar, suka mencari ilmu, meluangkan masa, tenaga dan kepakaran membantu pihak yang memerlukan tanpa menjadikan wang sebagai ganjaran dan matlamat utama.

Apa kata mereka tentang program Summer Pre-Chambering (SPC) ?

Image
"..banyak pendedahan yang saya dapati apabila menyertai program Summer Pre-Chambering ini dan secara tidak langsungnya pemikiran saya juga menjadi lebih matang.  Banyak pengalaman2 menarik dapat saya pelajari sepanjang menjalani SPC ini, antaranya.. bertugas sebagai pembantu dewan di mahkamah rendah syariah, membuat penilaian di mahkamah tinggi syariah, semak pliding kes-kes mahkamah rendah, dapat berkomunikasi secara lansung dengan ketua hakim negeri selangor, menjadi pemerhati semasa proses sulh dijalankan, masuk ke dewan parlimen di KL, dan banyak lagi aktiviti-aktiviti yang memberikan pengalaman baru sepanjang tempoh berkursus.

Simposium Minda Patriot (SMART)

Image
  Simposium Minda Patriot (SMART) anjuran Kelab Peguam Muda Jordan (KPMJ) telah melabuhkan tirainya pada 19 Februari yang lalu. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pencerahan kepada mahasiswa di Jordan mengenai isu penggunaan Kalimah Allah, bangsa & agama serta hal ehwal semasa. Di samping itu, program ini menyediakan platform kepada mahasiswa untuk mengemukakan pendapat melalui dialog dan diskusi secara matang dan ilmiah serta responsive tentang isu kebangsa-agamaan.