Faraid for Dummies

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk anda!
Bagaimana dengan masa cuti anda kali ini? Semoga semuanya diisi dengan perkara yang berfaedah. Amin~



Pada kali ini, Kelab Peguam Muda Jordan (KPMJ) anjuran bersama Department Perundangan dan Kehakiman MMY akan mengadakan Program Asas Pengurusan Harta Pusaka bertemakan "Faraid for Dummies". Terbuka kepada seluruh mahasiswa/i Yarmouk dan JUST. Berikut adalah butiran program :

Tarikh : 15 - 18 Januari 2014
Hari : Rabu - Sabtu
Tempat : Bayt Redha**
Yuran : 2JD (Ahli KPMJ) , 3JD (Bukan Ahli KPMJ)
[Bayaran adalah termasuk modul latihan faraid serta makanan peserta]
Sasaran : 60 Orang Mahasiswa Irbid (JUST & YARMOUK)

**Boleh di-adjust

Dan insyallah, anda akan bersama Guru yang sangat berpengalaman,
1) Ustaz Yassir Roslan
2) Ustaz Arif Nasrun
3) Ustaz Zulkifli Abd Rahman

Tambahan pula, pada 19 Januari 2014 (Ahad) kami membuka peluang kepada peserta-peserta untuk menyertai lawatan ke Mahkamah Syariah Jordan dan terbuka kepada 50 Peserta terawal sahaja. Tiada bayaran yang dikenakan.

Sabda Rasulullah s.a.w.; “Belajarlah ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada orang lain kerana ia adalah separuh ilmu. Dia akan dilupakan dan dia akan menjadi perkara pertama dicabut dari umatku”. (Riwayat Ibu Majah dari Abu Hurairah r.a.)

----------------------------------------------
Sesiapa yang berminat boleh mengisi spreadsheet di bawah. Sebarang pertanyaan boleh terus berhubung melalui FB RASMI kami.

https://docs.google.com/forms/d/16hxSWpPSQ_ujF0XBIjYRSRlqreiH0HLgRUgSV6OQDlA/viewform

Comments

Popular posts from this blog

Info tentang Diploma Perundangan

Syarat Minimum Peguam Syarie Mengikut Negeri