Posts

Kenyataan Rasmi PPMM Berhubung Pilihanraya Umum ke-13

Image
PERSATUAN PEGUAM PEGUAM MUSLIM MALAYSIA (PPMM) mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kerana telah diisytiharkan dan berjaya mendapat majoriti dan membentuk Kerajaan Persekutuan dan beberapa kerajaan negeri. PPMM juga ingin merakamkan tahniah juga kepada Pakata ... n Rakyat yang berjaya mendapat kerusi majoriti dan membentuk kerajaan-kerajaan negeri di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.

Isu Petisyen Pilihanraya Umum 13 (2013)

Image
Bismillah. Ramai yg bertanya tentang Petisyen Pilihanraya, saya cuba untuk menjawab dengan ringkas didalam bahasa komunikasi yg mudah utk disampaikan.

Tahniah !

Image
Ucapan Tahniah  Daripada Kelab Peguam Muda Jordan (KPMJ) Di atas Kemenangan Calon yang menang dalam PRU13 "Syariah Asas Profesionalisme"

Harus Wasiat Semua Harta Kepada Anak

Image
Soalan : Saya dan suami mempunyai empat anak dan semuanya perempuan. Ini bermakna kami tidak mempunyai waris anak lelaki. Adakah dibolehkan dalam Undang-Undang Islam bagi kami untuk mewasiatkan harta yang kami ada ketika hidup kepada semua anak kami melalui mana-mana pemegang amanah? Azizah, Kuala Lumpur.

Tugas Peguam Muslim Memartabatkan Agama

Image
UMUM mengetahui bahawa dalam setiap tindakan di Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil, peguam adalah pihak penting membantu perjalanan kes. Secara umumnya, profesion kepeguaman berpaksikan kepada minat, kesungguhan dan kecintaan kepada bidang guaman itu sendiri. Seseorang peguam wajar berusaha memiliki kualiti seperti berintegriti, sabar, suka mencari ilmu, meluangkan masa, tenaga dan kepakaran membantu pihak yang memerlukan tanpa menjadikan wang sebagai ganjaran dan matlamat utama.

Apa kata mereka tentang program Summer Pre-Chambering (SPC) ?

Image
"..banyak pendedahan yang saya dapati apabila menyertai program Summer Pre-Chambering ini dan secara tidak langsungnya pemikiran saya juga menjadi lebih matang.  Banyak pengalaman2 menarik dapat saya pelajari sepanjang menjalani SPC ini, antaranya.. bertugas sebagai pembantu dewan di mahkamah rendah syariah, membuat penilaian di mahkamah tinggi syariah, semak pliding kes-kes mahkamah rendah, dapat berkomunikasi secara lansung dengan ketua hakim negeri selangor, menjadi pemerhati semasa proses sulh dijalankan, masuk ke dewan parlimen di KL, dan banyak lagi aktiviti-aktiviti yang memberikan pengalaman baru sepanjang tempoh berkursus.

Simposium Minda Patriot (SMART)

Image
  Simposium Minda Patriot (SMART) anjuran Kelab Peguam Muda Jordan (KPMJ) telah melabuhkan tirainya pada 19 Februari yang lalu. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pencerahan kepada mahasiswa di Jordan mengenai isu penggunaan Kalimah Allah, bangsa & agama serta hal ehwal semasa. Di samping itu, program ini menyediakan platform kepada mahasiswa untuk mengemukakan pendapat melalui dialog dan diskusi secara matang dan ilmiah serta responsive tentang isu kebangsa-agamaan.

Kalam Presiden 12/13

Image
Anes Baswedan, Rektor Universiti Paramida menyebut “….Kalau kita berbicara tentang anak muda, kita tidak boleh menempatkan diri mereka pada lapangan lokal , tetapi harus dilihat pada lapangan global, kerana anak muda dilahirkan tidak hanya untuk negeri, tapi juga untuk dunia…” Di Turki pada tanggal 29 Mei 1960, anak muda  berhasil menggulingkan Bapak Menderes yang korup dengan korban nyawa hampir 20 anak muda.

Laporan Lawyer One Stop Centre (LANCER) 2012

Image
Pada 16/11/2012 bersamaan hari Sabtu yang lalu, telah diadakan program Lawyer One Stop Centre (LANCER) 2012, program ini dianjurkan buat julung kalinya oleh Kelab Peguam Muda Jordan dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia dengan kerjasama Education Malaysia Jordan, Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ) dan Persatuan Mahasiswa Malaysia Al-Bayt (PRISMA).

Senarai Nama Calon Temuduga Program Pintar 2012

Image
Bismillah ar Rahman ar Rahim.. Diumumkan nama calon TEMUDUGA PEGUAM MUDA yang terpilih bagi tahun ini : YARMOUK : 1. SARAH BINTI ABDUL RAZAK 2. NURUL ATIKAH BINTI MAHMUDDIN 3. MUHAMMAD BIN ABDULLAH 4. ASROL NIZAM BIN YUSOF 5. HASWANI SAIDIN 6. MUHAMMAD KHAIRI BIN AWANG JAAFAR

Lawyer One Stop Centre: LANCER

Image
Kelab Peguam Muda Jordan membawakan khas LANCER kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi di Jordan. Ingin tahu apa yang menarik di LANCER pada tahun ini? Jom follow up kami di page facebook dan blogspot.

Senarai Nama Peserta Summer Pre-Chambering (SPC) 2012 - Firma Guaman Syarie

Program                        : Summer Pre-Chambering (SPC) Anjuran                            : Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Dengan Kerjasama      : Kelab Peguam Muda Jordan (KPMJ)-MPMMJ                                        : Kelab Peguam Muda Malaysia Mesir (KPMM) Penempatan Peserta Praktikal SPC 2012 - Firma Guaman Syarie

Senarai Nama Peserta Summer Pre-Chambering (SPC) 2012 - Mahkamah Syariah

Program                         : Summer Pre-Chambering (SPC) Anjuran                           : Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Dengan Kerjasama      : Kelab Peguam Muda Jordan (KPMJ)                                           : Kelab Peguam Muda Malaysia Mesir (KPMM) Senarai Nama Peserta Praktikal di Mahkamah Syariah Negeri Selangor

Pengurusan Harta Pusaka Siri 3

Image
1)MUQADDIMAH Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarga baginda, para sahabat baginda dan kepada seluruh umat yang sentiasa bermujahadah keranaNya.

Jom Kenali KPMJ!

1.     Apa itu KPMJ Kelab Peguam Muda Jordan adalah satu kelab yang berorientasikan Karier Guaman, Kehakiman dan Latihan Undang-Undang bagi membentuk pelapis Institusi Guaman dan Mahkamah Syariah Malaysia di masa akan datang. Ini adalah satu medium untuk Mahasiswa Jordan membina karakter dan potensi ke arah melahirkan tenaga profesional berdasarkan kepada perkongsian pintar melalui modul-modul tersusun khususnya untuk pelajar jurusan Syariah (Fiqh wa Usul). KPMJ ditubuhkan pada 19 JULAI 2011 hasil cetusan idea Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia Dato' Zainul Rijal Bin Abu Bakar (PPMM) dan telah dirasmikan penubuhannya oleh YAB Dato' Seri Jamil Khir Baharom Menteri Di Jabatan Perdana Menteri di Amman Jordan. 2.     KPMJ bernaung dibawah siapa? Institusi yang menjadi penaung utama kepada kelab ini adalah Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dan Education Malaysia Jordan (EMJ) serta Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan ...

Program Pintar & Summer Pre Chambering Kelab Peguam Muda MPPMJ

Image
Alhamdulillah, Syukur kehadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya, Kelab Peguam Muda Jordan-MPPMJ melangkah setapak lagi dengan lahirnya sebuah program yang bercorak latihan dalam qamar ( chambering ). Insha ALLAH, satu taklimat khas akan diadakan disetiap mantiqah masing-masing bagi memberi penjelasan berkaitan: I ) Program Pintar (dahulunya dikenali sebagai Program Tajaan Biasiswa DSLP) Dijangka bulan Oktober 2012 II) Summer Pre-Chambering ( SPC) Dijangka bulan Jun atau Julai 2012 (cuti musim panas)

Tatacara (prosuder) mal di mahkamah syariah

Image
Oleh: Hatim Shauki Penubuhan Mahkamah Syariah adalah khusus untuk membicarakan pertelingkahan atau perbalahan antara umat Islam berlandaskan Hukum Syarak yang bertunjangkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah. Untuk itu, Undang-undang syariah ataupun hukum Islam diadakan adalah untuk mengawal segala perbuatan yang dilakukan oleh orang Islam bagi menjaga kesucian Islam itu sendiri. Mahkamah Syariah telah diberikan keistemewaannya yang tersendiri apabila pada tahun 1988 pindaan Perlembagaan yang mana Perkara 121 (A) telah memperuntukkan bahawa Mahkamah Sivil tidak boleh atau campurtangan terhadap keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Syariah. [1]

Mahkamah Syariah

Image
Oleh : Hatim Shauki (Pelajar Tahun 4, Usul Fiq , Yarmouk University) Firman Allah s.w.t dalam surah Al Maidah ayat 42 yang bermaksud: “Jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil, kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang adil”. Undang-undang Islam menekankan keadilan yang tinggi dan tidak membenarkan ia digunakan untuk kezaliman. Oleh sebab itu Mahkamah Syariah telah ditubuhkan atau diwujudkan di setiap buah negeri di Malaysia. Mahkamah Syariah ini akan mengendalikan kes-kes yang berkaitan dengan orang Islam sahaja. Perkembangan Mahkamah Syariah ini amat berlainan dengan apa yang berlaku di negara-negara Islam di Asia Barat iaitu sistem Mahkamah Syariah di Malaysia tetap berjalan serentak dengan sistem mahkamah negara selepas merdeka meskipun kedudukannya tidak sama dengan mahkamah negara. Dalam sistem pentadbiran formal, kedudukan kadi dan Mahkamah Syariah terletak di bawah sistem pentadbiran Jabatan Agama Islam di setiap buah negeri kecuali Sabah dan Sa...

Senarai Calon yang Berjaya Mengikuti Program Tajaan Biasiswa DSLP

Image
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Berikut dinamakan calon-calon yang telah terpilih untuk mengikuti Kursus tajaan DSLP untuk pemilihan yang pertama, Pemilihan seterusnya bakal menyusul setelah mendapat persetujuan majikan. Perhatian juga kepada calon-calon yang bakal menamatkan pengajian pada tahun 2014, anda akan menjalani program khas yang bakal dilaksanakan nanti.

Potensi graduan Asia Barat

Image
Sumber : Utusan Online 08/03/2012   Oleh ZAINUL RIJAL ABU BAKAR KPMM ditubuhkan bertujuan untuk memberi pendedahan kerjaya guaman syarie kepada mahasiswa syariah di Mesir. GRADUAN lulusan Asia Barat terkenal dengan kemahiran mereka dalam hukum-hakam agama. Mereka juga berupaya membaca teks asal kitab-kitab agama bagi menjadi rujukan. Golongan itu memiliki potensi yang amat besar untuk dimanfaat negara, khususnya dalam bidang guaman syarie.